Berjalan-jalan di tepi empangan (Mengkuang Dam)

Rabu, 9 November 2022, 1:45 pm379

Empangan Mengkuang ini terletak berdekatan Kulim, , tapi masih dalam sempadan negeri .

314977166_789592418874339_2495896365974357051_n.jpg
Petang² ramai datang beriadah ke sini.

Mulanya saya hanya plan nak singgah ke Lotus’s Kulim. Kat tempat parking pasaraya tu banyak burung layang², entah² ada rumah burung berdekatan.

314610275_789592525540995_8140744467432389683_n.jpg
Saujana mata memandang, tapi kat bukit tu kubur Cina 😅.

Untuk ke empangan ini, kena letak kereta kat padang di bawah. Pastu kena berjalan kaki naik kira² dalam 200-300 meter ke kat atas.

Saya datang tak sedia pun untuk beriadah, hanya pakai selipar Asadi berjalan kaki di sepanjang laluan empangan ini.

313408923_789592568874324_7225681134474340807_n.jpg
Paras air empangan ni nampak mencukupi.

Tak macam empangan Teluk Bahang yang nampak semakin cetek ⁽¹⁾.

313415820_789592612207653_978330915717417735_n.jpg
Macam ada car meet kat tempat parking bawah 😆.

Saya cuba sukat panjang empangan ini menggunakan Strava.

313413204_789592678874313_3958305826694981211_n.jpg
Dari hujung ke hujung, 2.71 km.

Tak termasuk berjalan dari tempat parking, naik ke atas ke tengah empangan, pastu berjalan ke hujung sebelah barat. Kemudian sukat jalan hingga hujung sebelah timur, dan kembali ke tengah empangan sebelum turun balik ke tempat parking.

Hasilnya, kaki pun banyak melecet 🤕.

314899919_789592682207646_3398414245106722221_n.jpg
Panjang Teluk Bahang pula agak² dalam 800 meter.

Jadi dekat 4 km tu sebab saya berjalan kaki ulang alik, eksesais .

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/05/pemandangan-dari-seberang-empangan-teluk-bahang/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/789592728874308/

Tulis komen: