Cerita pelbagai sambil share gambar kucing
Selasa, 10 Oktober 2023, 9:35 pm0
Gilir² pakai #kereta, 3 hari naik Iswara, 2 hari drive Polo. Minggu lalu belt aircond compressor Iswara longgar lagi, lalu berbunyi bising bila on aircond. Kalau off aircond, nanti kipas radiator tak on (wiring dah kena ubah owner sebelum ni), boleh jadi overheat. Isnin lalu baru hantar bengkel repair untuk ketatkan balik belt, nasib baik tak ada caj.
Lebih 2 minggu lalu, waktu saya balik dari TF Value Mart kat Balik Pulau, menggunakan jalan Teluk Kumbar menuju Bayan Lepas, terlihat beberapa buah ambulan & jentera bomba tengah emergency menuju arah bertentangan. Rupa²nya ada berita sebuah van terjunam ke dalam gaung kat Jalan Bukit Genting, kawasan ada resort ⁽¹⁾.
Tiga hari lalu pejuang Hamas melancarkan serangan balas terbesar ⁽²⁾ terhadap Israel yang dah berpuluh² tahun merampas tanah Palestin. Seperti biasa media pro Zionis menjaja cerita minta simpati konon diri kena buli, tapi menutup berita pihak berkuasa & pendatang haram Yahudi yang membunuh rakyat Palestin hampir setiap hari.
Tulisan terkini ARW ada menerangkan peristiwa ini dari sudut geopolitik #politik semasa ⁽³⁾. Bagi saya, yang lebih membimbangkan adalah tindak balas Israel yang lebih lengkap persenjataan mereka, yang mana setakat hari ni dalam berita dah menyebut lebih 600 rakyat Palestin maut ⁽⁴⁾.
⁽¹⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1156801/seorang-maut-van-bawa-10-pelancong-singapura-terjunam-di-balik-pulau
⁽²⁾ https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2023/10/1161865/hamas-lancar-serangan-balas-terbesar-bedil-5000-roket-ke-atas-israel
⁽³⁾ https://web.facebook.com/thepatriotsstudio/posts/pfbid02vRXNhBCSuavUrV1nsHcbnTeTZu9fh5QRztif7YGLaRisAS6KBxPGBGbH7mGbK1Tbl
⁽⁴⁾ https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2023/10/1163237/1500-mayat-pejuang-hamas-ditemui-di-israel-tentera-israel
Eh, ada air bandung daripada Three Tea
14 Oktober 2023
Cara masak nasi dalam mess tin
6 Oktober 2023