Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ada pulau di tengah Sungai Perak + sekotak anak kucing

Ahad, 14 April 2024, 9:10 pm0

AD719629-19C2-415D-B962-1E5E8F726E0A.jpeg
Pemandangan pulau Cempakasari di tengah sungai & kampung Blanja di seberang sungai, dari pekan Parit.

Jambatan Cempakasari telah dibina dan disiapkan pada 18 Oktober 2009. Jambatan sepanjang 378 meter dan lebar 3.4 meter adalah merupakan konkrit laluan motosikal dan pejalan kaki yang pertama di Darul Ridzuan.

297AE27F-316F-4122-87CA-FE8EF0A85841.jpeg
Hujung pulau menuju hilir sungai. Saia tak sampai pun ke pulau tu, tengahari panas lit² 🥵.

Jambatan ini mula dibina pada 13 Mac 2008 dan disiapkan pada 18 Oktober 2009 iaitu lebih awal daripada tempoh kontrak.

695D25DA-9F43-4BEA-AD93-56D6FD8688BA.jpeg
Di sebelah pekan Parit ada medan selera tapi semua kedai tak buka, masih beraya.

Sejarah jambatan lepas: Jambatan kayu pernah dibina untuk menghubungkan Pekan Parit – Pulau Cempakasari dan Blanja. Apabila berlaku banjir besar pada tahun 1996 jambatan tersebut telah roboh disebabkan arus yang deras. Kerajaan seterusnya telah merancang dan membina jambatan konkrit yang baru di bawah RMK 9.

E9017ADF-7958-43FB-83FE-D52854E30827.jpeg
Terjumpa mak dengan 4 ekor anak baru lahir 😻.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1099228664577378/

Tulis komen: