Sambil cari bazaar sambil cari rumah

Ahad, 23 Mac 2025, 10:45 pm

E936501D-8F8D-4E6A-83D0-EF90A5C04619.jpeg
Waduh! Nikmatnya air buah tembikai ori 😋.

Tak ada gula tambahan jadi tak terlalu manis, ada uras² isi tembikai buatkan rasa macam buah tu sendiri.

Sedikit cerita pasal penjual air ni di bazaar, tak tahu apa hujung pangkal ceritanya, ada seorang pakcik yang beli air sebelum saya, lepas berbeli boleh pulak mengumpat ke gerai sebelah menggelar penjual air tu tadi ‘alien’ 😅.

Dari apa yang saya terdengar, pakcik tu mungkin mempersoal kalau beli air awal sangat, waktu tu baru jam 5 petang, nanti ais dalam air tu mencair & air tak sejuk lagi. Penjual tu pun jawab boleh tambah ais lagi. Saya pun (dalam hati): ‘hmm, kenapa tak simpan dalam peti sejuk?’ 😆

Air tembikai yang saya beli ni, saya tinggal dalam kereta waktu pergi survey rumah, pastu bawa balik sampai² kat rumah sewa azan Maghrib pun berkumandang, masih lagi sejuk walaupun ais dah mencair. Kesimpulannya, tak ada isu pun pasal air minuman jadi tak sejuk tiba waktu berbuka 🤪.

Nasi ayam goreng berempah, harganya RM8. Yang membuatkannya unik, ialah sambelnya 😁. Walaupun nampak jenis masakan indon, tapi sambalnya pedas² manja, ada aroma cili padi, tapi capsaicin-nya tak terlalu menggigit lidah. Untuk berbuka, makan sambal sampai licin, itu agak rare.

Cerita pasal cari rumah untuk dibeli, saya ada 2 appointment, pagi dan petang, dekat kawasan apartment yang sama. Pagi datang pukul 10.30, view rumah, bincang², pastu drive balik ke rumah pukul 1. Rehat sebentar sambil tengok Smackdown 3 jam, pastu sesi petang view rumah pada 6 petang. Bila balik, tiba di rumah cun² waktu berbuka 7.30 petang.

Malamnya berehat lepas makan sambil tengok dokumentari pasal Adolf Hitler kat Netflix. Disebabkan keletihan memandu ulang alik & mata kemengantukan, lalu tertidur sampai terlepas waktu sahur 😬.

1D805032-1DC9-4C53-8172-9B95FD8A6C2C.jpeg
Menu sahur jadi menu berbuka hari ni.

Nasi ayam ni pun RM8. Lepas disimpan dalam peti sejuk, dipanaskan kembali guna microwave. Masih ok tak basi, cuma nasinya dah mengering sikit. Secara keseluruhan, nasi ayam ini lulus, tak ada yang kurang, tak ada juga yang special.

Yang saya nak review ialah air coklat Kitkat tu. Sebungkus ada 10 paket, dijual kat 7E dalam RM23 lebih. Rasa, lebih kurang air coklat Cadbury, cuma pada aroma air tu ada bau wafer biskut KitKat.

P.s: masih boleh guna styrofoam untuk bekas makanan? Rasanya macam ada dalam berita kata dah dilarang 🤔.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1333334557833453/

Tulis komen: