Bagi ruang untuk pokok capsicum membesar dalam hidroponik kratky
Ini status 2 minggu selepas memindahkan ⁽¹⁾ anak pokok capsicum (lada benggala / sweet pepper) ke dalam tong berisi larutan nutrien #hidroponik / baja AB.
Ini status 2 minggu selepas memindahkan ⁽¹⁾ anak pokok capsicum (lada benggala / sweet pepper) ke dalam tong berisi larutan nutrien #hidroponik / baja AB.
Sejak mula pandemik tahun lalu, peniaga dari Indonesia tak dapat berniaga kat sini, sehingga sekarang, sempadan negara masih lagi tutup. Banyak gerai² di tepi #jalan di sini dah dipenuhi rumput & tumbuhan menjalar naik hingga ke atap. Kat tempat parking sini pun dah makin menebal rumputnya, dulu hanya nampak batu saja.
#RunningMan minggu lalu episod 576, mereka main salah satu game dalam drama Squid Game yang popular kat Netflix sekarang, iaitu melintas jambatan kaca.
Taman ini adalah salah satu daripada beberapa taman yang terdapat dalam kawasan #KuchingPark di sekitar bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Bila tengok balik resit, #bateri #kereta #vivaturbo ni last tukar bulan 12 2018, sekarang dah kira 2 tahun 10 bulan dah. Start awal bulan ni volt bateri dah mula lemah. Tapi masih dapat guna lagi, bila nak start kereta, guna powerbank jump starter ⁽¹⁾. Bila tak bawa kereta 3 hari lebih, dah tak dapat start lagi, kena guna jump start.
Ini jadinya bila selalu tengok video camping, macam² nak ikut 😅. Yang ni saya cuba ikut buat #kopi titis (drip coffee). Guna biji kopi belum dikisar, saya kisar sendiri guna pengisar manual, 2 sudu besar biji kopi untuk satu mug stainless steel ni, boleh exercise tangan pagi² 💪.
Tujuan saya buat sambungan hardwire ke sistem elektrikal #kereta #vivaturbo ialah supaya mengurangkan kabel USB ke adapter di pencucuh rokok atau soket 12V. Port USB dari soket 12V tu pula boleh guna untuk cas lebih banyak peranti elektronik lain.
Sebelum ni buat pan-seared salmon, #makan dengan kari Jepun ⁽¹⁾, kali ni masak cara kukus macam resipi nasi ayam yang dulu ⁽²⁾, letak atas rice cooker, masak sekali dengan nasi. Bahan perasa pulak guna serbuk perasa dari mi sup pedas Korea ⁽³⁾.
Cuaca yang panas sekarang, sekejap² hujan, jadi banyak kelekatu keluar menghurung lampu #jalan highway Kuching-Serian.
Tahun lalu punya #laptop MBP spec maksimum berharga RM25,399 ⁽¹⁾, dah sama harga Preve. Tahun ni, beberapa spec dah banyak berubah, terutama sekali processor, dah tak pakai processor Intel (x86 architecture), sekarang guna processor buatan Apple sendiri, M1 Pro/Max (ARM architecture).