PKPB di Sarawak disambung sehingga 14 Februari
Ahad, 31 Januari 2021, 9:40 am0
#MCO bersyarat yang dijadualkan tamat hari ini (https://azwan082.my/post/10997/), termasuk juga PKP di Sibu, disambung lagi 2 minggu.
Pergerakan antara zon² berlainan masih tidak dibenarkan tanpa kebenaran. Zon² tersebut adalah:
- Zon Kuching (Bahagian Kuching, Bahagian Samarahan & Bahagian Serian)
- Zon Sri Aman (Bahagian Sri Aman)
- Zon Sarikei (Bahagian Sarikei & Bahagian Betong)
- Zon Mukah (Bahagian Mukah)
- Zon Bintulu (Bahagian Bintulu)
- Zon Miri (Daerah Miri)
- Zon Beluru (Daerah Beluru)
- Zon Subis (Daerah Subis)
- Zon Bekenu (Daerah Bekenu)
- Zon Telang Usan (Daerah Telang Usan)
- Zon Marudi (Daerah Marudi)
- Zon Limbang (Bahagian Limbang)
Update: Zon Kapit (Daerah Kapit & Daerah Song) dikenakan PKP dari 2/2 hingga 15/2 (https://www.facebook.com/SarawakDisasterInfo/posts/749640465748724).
SOP penuh boleh didapati di https://mlgh.sarawak.gov.my/.
Tugu Buah Nanas, mercu tanda bandar Sarikei
1 Februari 2021
Tak ramai orang ambil gambar mural ni
30 Januari 2021