Satu hakikat yang kena terima bila berumah di tepi highway #PanBorneo, pagi² hujung minggu akan kedengaran bunyi konvoi moto besar melintas, mungkin dari Kuching menuju Simanggang, ada orang pergi buat road trip. Satu lagi, walaupun berumah kat tepi Pan Borneo, tak semestinya dapat line telefon, line internet apa lagi. Kat Ensebang Jaya, Celcom no service .
Bukan saja ia menjual makanan & minuman, tapi juga barang² keperluan norma baru seperti facemask, sanitizer, tisu dll. Ataupun barang² elektronik yang sering digunakan seperti kabel charger.
Ini stesen #Petronas kat Jalan Datuk Stephen Yong Link, jalan penghubung #PanBorneo dari arah Serian ke Bau. Tahun lalu hanya nampak kerja² sedia tapak pembinaan ⁽¹⁾, sekarang dah siap beroperasi.
Dari Simanggang, arah ke Kuching, kalau dah nampak pemandangan ni, tandanya dah nak sampai #Serian dah tu. Dengan Bukit Ampungan menjadi latar belakang, kalau perhati betul², boleh nampak stesen Petronas kat sebelah kiri, yang menunjukkan juga dah sampai simpang #jalan ke Gedong.