Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Kenapa kita perlukan masa lebih dari setahun untuk menghapuskan Covid19 sepenuhnya?

wm_95231606_140484164188068_5725030898345181184_n.jpg

Selasa, 28 April 2020, 4:00 pm0

Ketua Pengarah Kesihatan menyatakan kebimbangan terhadap sikap penduduk yg berada dalam zon hijau yang semakin selesa untuk tidak mengambil langkah pencegahan Covid19.

Situasi ini sangat merbahaya kerana dalam penduduk ini selesa keluar bersesak, tidak memakai pelitup muka serta lalai membersihkan tangan, bilangan jangkitan boleh melonjak naik secara tiba² dalam masa 1 ke 2 minggu.

Ini beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda mahu kembali kepada kebiasaan dulu (bersesak, berada rapat antara satu sama lain, tak perlu sanitasi tangan dll):

  • Belum lagi ada vaksin untuk merawat Covid19. Bermaksud penyakit ini hanya bergantung kepada sistem antibodi individu untuk sembuh. Tidak semua orang memiliki kekuatan antibodi melawan penyakit ini, lebih² lagi individu berusia dan yg mempunyai penyakit kronik lain. Mudah kata, ikut nasiblah kalau dapat sembuh.
  • Tiada jaminan individu yang yang telah sembuh daripada Covid19, daripada tidak dijangkiti lagi. Seseorang boleh dijangkiti penyakit ini berkali². Walaupun telah sembuh pertama kali, tiada jaminan badan pesakit sudah memiliki antibodi yang cukup untuk melawan jangkitan kali seterusnya. Walaupun ada berita yang melaporkan terdapat pesakit yang sembuh selepas memperoleh plasma yg didermakan daripada pesakit yg telah sembuh. Lagi sekali, nampaknya ia lebih kepada nasib badan.
  • Covid19 ini sangat mudah merebak. Walaupun sesorang itu tidak ada gejala seperti demam, batuk atau selsema, tapi masih boleh didiagnos positif. Di zon hijau, entah² ada yg positif, pergi ke pasar atau tempat awam, dia bersin, batuk atau bercakap dgn orang lain, lepas orang lain tersentuh permukaan atau objek yg tercemar dengan titisan cecair (droplets) dari individu ni, lalu terjangkit sama. Lepas dua minggu baru tahu positif, tapi masa tu dah berapa ratus orang lain dah yg terdedah dengan permukaan atau objek yg tercemar, atau bersemuka (contact) dengan penghidap ini.
  • Virus SARS-CoV-2 tidak mudah mati apabila didedahkan pada cahaya matahari, mahupun suhu tinggi. Jadi bagi mereka yg selalu menganggap orang putih lebih tahu, lebih pandai, tolong jangan terlalu dengar sangat saranan kerajaan Amerika. Mereka dah berpuluh ribu orang mati pun masih tak nak dengar nasihat pihak WHO.

Ingat, kita sedang menentang musuh yg menyerang dalam senyap, dan hanya boleh tahu sama ada kita jadi mangsa selepas beberapa hari. Kalau kita jadi selesa selepas beberapa laporan yg menunjukkan penurunan kes, lihatlah lepas 2 minggu, ada kemungkinan kes naik semula seperti di Singapura dan Jepun. Kita sudah tentu tak mahu melihat gelombang jangkitan melanda berkali², sehingga mengambil masa bertahun² untuk reda.

Oleh itu teruskan patuhi peraturan walaupun di zon hijau. Duduk rumah, keluar hanya utk urusan sangat penting, jaga penjarakan sosial, jangan dekat sangat dgn orang ramai, dan amalkan kebersihan diri, kerap cuci tangan selepas menyentuh permukaan atau objek di luar.

Rujukan:

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/140484157521402/

Tulis komen: