Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Jalan² tengok gunung Santubong

101002015_149015173334967_5621045840278716416_n.jpg

Khamis, 28 Mei 2020, 2:35 pm0

Pemandangan gunung Santubong ni dapat dilihat melalui Jalan Lingkaran Semariang, dari kawasan Taman Aman hingga ke simpang menuju ke . Kawasan ni kiranya masih baru lagi, terdapat banyak projek perumahan baru dibuka dan dalam pembinaan.

Dulunya sini kawasan paya wetland, mungkin sebab dah ada teknologi untuk membina jalan atas tanah gambut, maka jadilah jalan kat sini. Tapi kualiti jalan agak buruk, terdapat banyak permukaan berlubang dan permukaan mendap. Mungkin sebab masih banyak dilalui lori² yang membuat pembinaan rumah.

Saya ingat nak pandu buat fun drive kat sini sambil tengok pemandangan gunung Santubong, sebab jalan ni sedikit trafik, tapi kualiti jalan yang banyak rosak ni menyebabkan memandu di sini kurang memuaskan.

Kat jalan ni ada banyak jambatan, dan banyak juga kaki pancing yang menghentikan kenderaan di atas jambatan. Setahu saya sekarang masih bersyarat, masih belum boleh lagi keluar memancing. Ramai² lagi tu berbaris di tepi jambatan. Pulis mana pulis 👮🏻‍♂️?

Selain itu, jalan ni juga menyambungkan terus ke Pantai Pasir Pandak (https://goo.gl/maps/NRSHnQ13WBtaxxVP6) dan Borneo Semariang Resort (http://sentoria.com.my/borneo-samariang-resort-city/).

Berita sampingan hari ini: mangsa di Amerika mencecah 100,000 orang 😳.

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/149015170001634/

Pingback: Ayam hitam bulu putih ni dah start bertelur.

Pingback: Ayam hitam bulu putih ni dah start bertelur

Tulis komen: