Milo tin edisi terhad tahun 90-an
Selain edisi tahun 50-an seperti yang saya paparkan sebelum ini (https://azwan082.my/post/4196/), saya belum jumpa lagi #Milo tin edisi tahun² lain. #minum
Selain edisi tahun 50-an seperti yang saya paparkan sebelum ini (https://azwan082.my/post/4196/), saya belum jumpa lagi #Milo tin edisi tahun² lain. #minum
Sebelum ni saya tengok game #LigaMalaysia kat TV saja, tapi buat masa sekarang, aerial TV masih belum habis pasang lagi, jadi #MyTV ni belum dapat guna lagi. Nasib baik Chromecast dah dapat pakai balik.
Jangan risau, jangan bingung, #hargapetrol naik mimit jak minggu depan 🤏🏻.
#TSMY muncul lagi selepas lebih 2 bulan untuk mengumumkan hal berkenaan #MCO pemulihan yang bakal berakhir pada 31 Ogos, dan seperti dijangka, PKPP akan dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.
Dulu² waktu kecil kalau ada masih ingat gameshow Istana Takeshi, final game diorang selalu main tembak pistol air. Setiap peserta dan konco² bos Istana Takeshi akan ada helmet dengan kertas bulat kat helmet masing², siapa yang kertas tu berlubang kena tembak, akan terkeluar. Untuk bos selalunya ada kertas target yang tidak adil - tinggi sangat la, besar sangat, pistol lagi besar la, sampai rasanya macam tak pernah tengok ada peserta yang menang 🤔.
Harganya dalam RM8, kira ok lah. Kuantiti pun ok. Saya suka sayur ulam dia banyak, daun ubi kayu dan kobis, dicelur dalam air panas. Cuma yang kureng adalah sambal dia pedas sangat 🥵. Tak dapat #makan sambal ni, takut nanti datang balik gastritis.
Ini nasi ayam krispi thai, kat food court Emart Batu Kawa (https://goo.gl/maps/uEFZnYGR8F6CnsT58), harga dalam RM6.80, berbaloi sebab isipadu makanan banyak.
Saya beli kat food court Boulevard shopping mall (https://goo.gl/maps/4kqCwzbcv6ENdwaV9), harga dia hanya RM5 🙀.
Cara nak guna sistem ni mudah saja. Semasa memandu ke tempat letak kenderaan bawah tanah, kat pagar masuk automatik tu ada kamera yang mengesan nombor plat kenderaan, pastu akan memaparkan nombor pada paparan tulisan LED. Proses scanning tak lama, bawah 5 saat, dah boleh drive #kereta masuk.
Ingatkan dah tak ada yang pakai web app ni, dah berbulan ada problem pada skrip untuk ambil data #hargapetrol dari website #Petronas. Rupa²nya layout website Petronas dah berubah, dah tak tunjuk harga terkini petrol lagi. Sebagai alternatif, saya ambil data dari paultan.org pula.