Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Cara guna duit ePenjana dalam Boost untuk bayar bil

117319742_168197461416738_1804200859193170867_n.jpg

Jumaat, 7 Ogos 2020, 11:55 am0

Inisiatif ePenjana sebanyak RM50 adalah bertujuan untuk merangsang dan menggalakkan penggunaan e-wallet. Sebab tu RM50 yang diperoleh ni tak boleh ditukar jadi tunai, mesti dibelanjakan melalui aplikasi e-wallet seperti Boost.

Tapi apabila telah menuntut wang ini, ia tidak dimasukkan ke dalam wallet Boost. Sebaliknya ia berada dalam wallet partner yang ada dalam aplikasi Boost.

Kiranya Boost simpan wang anda dalam satu wallet, dan kerajaan menyimpan wang ePenjana dalam satu wallet khas.

Apabila hendak membayar bil, seperti bil telefon dalam gambar, secara automatik Boost akan menggunakan jumlah daripada wallet² yang ada dalam aplikasi.

Jadi harapnya lepas ni jangan keliru pulak, kenapa dah claim tapi balance tak naik 😅.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/168197458083405/

Tulis komen: