Projek waterfront Serian + harga petrol minggu ke-2 Oktober 2020
Sabtu, 10 Oktober 2020, 9:31 am0
① – Menurut berita bulan lalu ⁽¹⁾, projek waterfront #Serian ini masih dalam cadangan & akan dibentangkan kepada CM Sarawak. Projek akan dilaksanakan berdekatan Kampung Hulu, dan mengikut lakaran projek, mungkin akan dibina di tepi Masjid Daerah Serian, tepi #jalan #PanBorneo.
② – Tapi diikutkan gambar yang bapa saya ambil dua minggu lalu, kerja² pembinaan dah bermula di sekitar masjid. Projek dah start, atau masjid kena roboh?
Update: betul lah tu masjid ni kena roboh, saya sendiri tengok dari tepi jalan. Mungkin akan dibina baru sekali dengan projek waterfront ni?
P.s: Taman Danu Serian pulak ada tak rancangan nak diperbaiki? Dulu² 90-an orang ramai sampai boleh main jet ski kat tasik. Stadium Serian yang berdekatan pula pernah menjadi venue untuk Sukma. Tapi sekarang, kapal Jack Sparrow yang terapung lama tu pun dah reput, nak karam tak lama lagi .
RON 95 – 1.67 (-0.04)
RON 97 – 1.97 (-0.04)
Diesel – 1.69 (-0.01)
#hargapetrol dah turun, lombak ke Serian juh!
⁽¹⁾ https://www.theborneopost.com/2020/09/05/new-riverfront-project-planned-for-serian/