Cara guna dobi layan diri oleh seorang noob šŸ‘¶

Jumaat, 8 Januari 2021, 9:30 am8,325

Biasanya kalau pertama kali guna satuĀ² benda, kita akan baca arahan (instructions) dulu . Biasanya kat kedai layan diri, akan terpampang besarĀ² arahan penggunaan.

Secara asasnya, cara guna mesin basuh:

  • Masukkan pakaian dalam mesin.
  • Pilih mod cucian, atau suhu air. Untuk cucian biasa, cukup saja pilih air sejuk.
  • Masukkan syiling atau token.
  • Tekan butang ā€˜Startā€™

Dan cara guna mesin pengering pula (lebih kurang sama):

  • Masukkan pakaian dalam mesin.
  • Pilih suhu. Kalau banyak kain nipis, guna suhu sederhana pun cukup, kalau nak cepat kering, pilih suhu tinggi.
  • Masukkan syiling atau token.
  • Tekan butang ā€˜Startā€™.

Walau bagaimanapun, sebagai seorang noob (newbie a.k.a pertama kali), terdapat langkah yang tak disenaraikan, yang menyebabkan saya terkialĀ² nak pakai šŸ˜…. Terutamanya, saya nak tahu adakah mesin:

  • menerima token sahaja, atau keduaĀ² syiling dan token?
  • menyediakan sabun sekali, atau kena sedia sendiri?
135807846_228205928749224_7584090206280769097_n.jpg

ā‘  – Ini dobi pertama saya guna, TheBubble di . Mesin menerima syiling 50 sen, jadi saya dah ready dengan banyak syiling 50 sen lama dan baru yang dikumpul dalam tabung šŸ˜.

134739660_228205998749217_6541156706413028267_n.jpg

ā‘” – Ini kadar harga penggunaan mesin basuh & pengering di TheBubble. Daripada senarai harga ini, dapat tahu yang kita boleh guna detergen yang disediakan oleh pihak dobi, atau guna sabun sendiri.

136068451_228205878749229_3154710555230295562_n.jpg

ā‘¢ – Ini pula kedai MyDobi di . Arahan ini yang membuatkan saya agak keliru, sebab ia tidak menyatakan yang pengguna kena pergi tukarkan wang kepada token terlebih dahulu, sebelum menggunakan mesin. Mungkin pemilik kedai boleh update arahan ini supaya lebih mesra pengguna baru.

135072165_228205888749228_6684992912605259682_n.jpg

ā‘£ – Ini harga dobi MyDobi. Di sini baru dapat lihat mesej ā€˜Menerima token sahajaā€™. Patut la berkaliĀ² masukkan syiling tak dapatĀ². Dah macam main game escape room jak, nak kena solve riddle šŸ¤•.

136372955_228205882082562_6815447804816804401_n.jpg

ā‘¤ – Kebanyakan dobi sekarang menyediakan detergen & pelembut secara automatik, dan ia dapat dipastikan menerusi mesin mengepam detergen ini. Kalau nampak mesin pam ni, dan ia menyala dengan tulisan ā€˜Onā€™, jadi ada lah detergen disediakan, free lagi tu šŸ’ø.

135908026_228205958749221_5597585305509730787_n.jpg

ā‘„ – Akhir sekali, ini kedai Laundrybar di . Arahan penggunaannya jelas menyatakan yang hanya menerima token, dan ada detergen disediakan, sekali dengan pembasmi kuman (sanitizer) lagi tu. Terbaik šŸ‘šŸ»!

134971372_228205922082558_2537932590827509754_n.jpg

ā‘¦ – Ini senarai harga mesin dobi di Laundrybar.

135509583_228205938749223_789259352618323193_n.jpg

ā‘§ – Satu lagi yang saya suka gunakan dobi Laundrybar ialah mesin penukaran token yang mudah. Tak ada guna touchscreen & sistem berkomputer yang saya rasakan, tak perlulah high tech sangat hanya untuk mencuci & mengering baju. Masuk wang kertas, keluar token, sudah.

ā€”

Dalam berita RTM ada mengatakan cuaca hujan lebat akan melanda barat Sarawak mulai bulan ini sehingga Mac depan, dengan bulan Januari mengalami taburan hujan yang lebih tinggi, sebelum berkurangan pada Februari dan berakhir pada Mac. Ini berikutan perubahan tiupan angin monsun timur laut ā½Ā¹ā¾.

Kalau hariĀ² hujan, tak kering baju macam ni. Lepas ni lebih kerap agaknya ke dobi untuk guna mesin pengering. Bukan belalak hantar dobi, tapi keperluan šŸ˜†.

ā½Ā¹ā¾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/773157/taburan-hujan-di-negeri-alami-banjir-melebihi-bacaan-purata

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/228206028749214/

Pingback: Dobi Laundrybar dah tukar jadi Wash & Dry

Tulis komen: