Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Pagi hujung minggu jalan ni tak jem, Raon Kuching part 2

Isnin, 11 Januari 2021, 11:50 am0

Perjalanan kali ini melalui beberapa kawasan perindustrian, seperti Demak Laut, Pending, Muara Tabuan & Sama Jaya. Dekat BCCK ada kawasan perindustrian Bintawa, tapi tak masuk.

BCCK ialah pusat konvensyen, tempat banyak majlis, event & konvensyen dalam negara dan antarabangsa dilangsungkan. Di sini juga diadakan Asean International Film Festival & Awards (AIFFA) ⁽¹⁾, di mana Donnie Yen (Ip Man 🥋) pernah datang ⁽²⁾.

Waktu AIFFA 2015 dulu, pernah tersebar cerita nak buat episod kat Empangan Bakun, Sarawak. Rupa²nya team produksi hanya datang nak buat location scouting 🗣.

Tahun 2016 saya pernah hantar kereta dari Malaya ke Sarawak, dan tempat untuk mengambil balik kenderaan adalah di Pelabuhan Kuching, dekat dengan Jambatan Isthmus, ada melimpas dalam video.

Di jalan ke Pusat Makanan Laut Pending, terdapat kedai Boon Seng Seafood Industries, kat sinilah tempat terbaik kalau nak cari ikan² dan makanan laut yang fresh.

Pada hari bekerja terutamanya waktu kemuncak, simpang jalan Bako dan kawasan seafood Pending, Kampung Tabuan hinggalah ke Tabuan Tranquility, jalan² inilah yang sesak teruk. Dah berlaku beberapa kali saya lihat kemalangan di simpang Kpg Tabuan.

Tonton ni kat :

▶ https://youtu.be/xuRmsS3hvB4

⁽¹⁾ https://www.theborneopost.com/2015/03/21/kuching-to-host-aiffa-2015-on-april-9-11/
⁽²⁾ https://www.facebook.com/120360911366479/videos/1317960598273165/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/230309115205572/

Tulis komen: