Mac 2021
28 Februari 2021, 3:40 pm
Lokasi: Star Mega Mall. Kalau memandu dari Bintulu, menuju ke pusat bandar #Sibu, selepas simpang Hospital Sibu, ia berada di sebelah kiri. Banyak tempat parking umum di sekitar shopping mall ni.
#jalan
#pasaraya
#Sibu
27 Februari 2021, 9:00 am
Ini cara untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi #Covid19 melalui aplikasi MySejahtera. Mula², kena install MySejahtera dalam smartphone masing² & daftar akaun dulu ⁽¹⁾. Dah ada akaun MySejahtera, baru dapat daftar untuk program imunisasi.
#hargapetrol
#TSMY
#vaksin
26 Februari 2021, 2:55 pm
Sebelum Jakar ⁽¹⁾, terdapat satu lagi pusat rehat di antara simpang Saratok & Jakar iaitu di Sebangkoi, tapi dah tutup. Ramai pengguna jalan berhenti rehat di Sebangkoi Park pula sekarang.
#dashcamdrive
#PanBorneo
#Sarikei
25 Februari 2021, 2:35 pm
Selepas simpang Saratok, hentian seterusnya sebelum sampai ke Sibu ialah pekan Jakar. Pekan yang terletak di tepi Sungai Sarikei ini terdapat banyak kedai makan terutamanya makanan seafood.
#mercutanda
#PanBorneo
#Sarikei
24 Februari 2021, 4:15 pm
Dulu² kalau ke #Miri, mesti ramai melancong ke Pantai Tanjung Lobang. Di pantai ini ada tanjung berbatu, yang mana pengunjung dapat berjalan dari pantai ke sana untuk bergambar & lepak² ambil angin.
#Miri
#panorama360
#StreetView
23 Februari 2021, 11:45 am
Sewaktu ke Miri awal tahun ini, saya kena singgah UTC #Miri, mencari pejabat Borneo Parking System untuk jelaskan saman #parking. Saya letak kereta kat level L4A.
#Miri
#parking
#Sibu
22 Februari 2021, 4:05 pm
Pokok kapok atau kekabu, menghasilkan buah yang mengandungi bahan seperti kapas yang dulunya selalu digunakan sebagai bahan isi dalam tilam dan bantal.
#evodrive
#jalan
#kebun
#Tebakang
21 Februari 2021, 12:45 pm
Kelmarin dalam post tentang benak ⁽¹⁾, saya ada menyebut tentang #Gedong. Saya tinggal di sana dalam tahun 2000-an, dan seperti kebanyakan tempat di Sarawak waktu tu, kemajuan infrastruktur agak lambat untuk direalisasikan. Jalan raya, sekolah, klinik, kedai, tempat riadah semuanya semakin usang, hanya rumah YB yang makin cantik 😏.
#Gedong
#jalan
#mercutanda
20 Februari 2021, 9:00 am
Lepas setahun menunggu, semalam baru pasti yang model terbaru SUV kompak #Perodua ini akan dijual pada julat harga 62k hingga 73k ⁽¹⁾.
#hargapetrol
#kereta
#Perodua
19 Februari 2021, 2:05 pm
Benak merupakan fenomena ombak di sungai, yang berpunca daripada air pasang yang naik dengan cepat dari laut, ke muara, hingga ke hulu sungai, sehingga menghasilkan ombak 🌊.
#panorama360
#Simanggang
#StreetView