Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Jalan² tengok Gedong dah maju 😂

Ahad, 21 Februari 2021, 12:45 pm0

151829840_253990922837391_1093330750045151005_n.jpg

① – Kelmarin dalam post tentang benak ⁽¹⁾, saya ada menyebut tentang . Saya tinggal di sana dalam tahun 2000-an, dan seperti kebanyakan tempat di Sarawak waktu tu, kemajuan infrastruktur agak lambat untuk direalisasikan. Jalan raya, sekolah, klinik, kedai, tempat riadah semuanya semakin usang, hanya rumah YB yang makin cantik 😏.

152022411_253990926170724_7055583394416980258_n.jpg

② – Beberapa minggu lalu saya datang balik ke Gedong & lihat kedai lama di sini dah tak ada lagi, digantikan dengan Anjung Usahawan yang lebih baru & moden. Dulu bangunan kayu, sekarang bangunan konkrit. Depan kedai ni dulu hanya gelanggang badminton kecil & semak samun, sekarang dah luas dapat budak² kampung main futsal & ada tempat letak kereta lagi.

Kat kawasan depan kedai inilah ada diletakkan buaya² yang ditangkap di Sungai Krang waktu banyak kes² orang kena serang buaya di sini dulu.

151328552_253990912837392_2275776347414355605_n.jpg

③ – Dulu kami tinggal di kuarters klinik ini, waktu tu rumah ni gayanya dah nak roboh, dengan tanah yang sering digenangi air paya. Sekarang dah disimen habis & dibuat bertar. Rumah kuarters pun dah cat baru, tingkap aluminium sliding baru. Dulu guna tingkap nako dengan netting nyamuk, punyalah berhabuk dalam rumah, dengan design siling dalam rumah tak ada loteng, bila cuaca panas, berbekum dalam rumah 🥵.

151273405_253990936170723_6527714989839576635_n.jpg

④ – Menara jam ini boleh jadi Gedong yang baru. Di tepinya ada dipaparkan motif daripada songket Sarawak, oleh Permata Songket Gedong.

Bertentangan dengan menara jam ini ada medan selera (food court), dengan banyak tempat parkir. Hujung² minggu kalau nak keluar dari bandar nak cari tempat santai makan² lepas buat weekend drive, kat sini nampak best 👍🏻.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/02/taman-panorama-benak-simanggang/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/253990989504051/

Tulis komen: