Akhirnya sampai pun, Journey to Sarikei part 5
Jumaat, 5 Mac 2021, 1:55 pm0
Selepas berhempas pulas meredah jalan #PanBorneo dalam 4 episod sebelum ni, akhirnya dah sampai pun kat Bandar #Sarikei.
Perjalanan kali ni dekat saja, dari pekan Jakar hingga Jalan Wharf, kira² 12 km. Kat Jalan Wharf sinilah yang ada tugu buah nanas ⁽¹⁾ & menara jam. Agak susah sikit cari tempat parking sini, nasib baik ada jumpa kosong kat tepi Shell.
Lebuhraya Pan Borneo yang dilalui masih lagi pakej Sg. Awik – Simpang Bintangor (WPC 06) ⁽²⁾, cuma sampai simpang ke Sibu. Dari reka bentuk jalan, nanti jalan Pan Borneo akan terus ke Sibu, dan akan dibuat simpang keluar (exit) ke Sarikei.
Tengok finale siri #dashcamdrive ini kat #YT:
Siri seterusnya, nak jalan dalam bandar, atau masuk jalan kampung ?
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/02/tugu-buah-nanas-sarikei/
⁽²⁾ http://www.panborneo.com.my/project/sab/
Home Depot buka cawangan kat Sarawak
6 Mac 2021