Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Home Depot buka cawangan kat Sarawak 😱

156391588_261979928705157_949329816072736968_n.jpg

Sabtu, 6 Mac 2021, 3:30 pm0

Bagi yang tak tahu, Home Depot adalah antara rangkaian kedai hardware terbesar di Amerika, yang sering dibandingkan dengan Lowe’s. Kalau kat Kuching, kedai yang hampir serupa ialah SK Hardware kat batu 5, di mana pengalaman membeli adalah seperti pergi ke supermarket, tak rasa macam pergi kedai hardware biasa, yang rasa seperti kedai runcit.

Cuma yang bezanya, Home Depot & Lowe’s kat USA ada lebih banyak pilihan, dan pembeli boleh pilih sendiri, bayar secara self-checkout dan angkut sendiri material pembinaan seperti kayu plywood, atap, besi atau beg simen.

Bangunan Home Depot biasanya jenis satu gedung besar seperti Giant & Tesco, dengan tempat letak kenderaan yang luas, biasanya pembeli bawa hailak sendiri dengan sambungan trailer untuk membawa barang² & material yang dibeli.

Kedai Home Depot yang saya jumpa ni pula, mungkin baru buka 🤔? Hanya satu lot dalam deretan kedai, masih ada iklan vacancy. Lokasi adalah di Batu Niah, .

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/261979968705153/

Tulis komen: