Map BKSS loop setakat ini
Sabtu, 24 Julai 2021, 3:00 pm0
Saya hanya sempat rekod perjalanan hingga ke Asajaya saja. Buat masa sekarang, masih lagi kena sekatan rentas daerah, tak dapat sambung rekod video #dashcamdrive, jadi hanya tengok map saja dulu, setakat mana tempat yang dah dilalui:
Ada beberapa tempat berhenti & sambung jalan yang tak sama, tapi lebih kurang dekat saja tempat dia, macam kat Tasik Biru & Shell Bau, Annah Rais Hotspring & tempat parking Kpg Annah Rais dan juga Petronas Tebedu & Pasar Tebedu. Tak tau pulak berapa jumlah keseluruhan jarak perjalanan ni, mungkin lebih 200km, siapa² yang rajin tolong sukat .
Berdasarkan map di atas mungkin dah dapat agak jalan mana yang nak dipakai. Harapnya cepatlah #MCO PPN dapat beralih ke fasa seterusnya, bila dah boleh rentas daerah nanti barulah sambung balik.
Dengar cerita indikator nilai ambang kes baru #Covid19 dah ditukar kepada nilai keseriusan kes mengikut kategori atau kes kematian. Lebih kurang sama seperti yang saya jangkakan ⁽¹⁾, harapnya makin kecil nombor yang kita lihat dilaporkan setiap hari, supaya memberi gambaran pandemik ni dapat dikawal & kita dapat dibenarkan jalan² semula .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/06/sampai-bila-pkp-ni-%f0%9f%98%a4
Hari panas minum iced Americano
25 Julai 2021
Rasmi dah Olimpik Tokyo 2020 bermula
23 Julai 2021