Ucaptama PM ke-9
Ahad, 22 Ogos 2021, 6:25 pm0
Ucapan pertama DS Ismail Sabri #DSIS sebagai perdana menteri Malaysia ke-9:
Pertama sekali, rakamkan ucapan menjunjung kasih #YDPA, hampir tersasul sebut nama agong panjang sangat . Tak lupa juga terima kasih #TSMY.
Keluarga Malaysia, frasa ini bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa & kaum. Ambil idea keluarga Dom Toretto ?
Kadar pencapaian vaksinasi di negara merupakan antara yang terpantas di seluruh dunia. Mulaยฒ dulu saja agak lembab, ada turbo-lag sikit .
Bagi mengurangkan kesan ekonomi yang berpanjangan, kerajaan akan menumpukan usaha 2 objektif utama:
- Meningkatkan kesejahteraan rakyat / kuasa beli pengguna.
- Mengangkat semula sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
Suara anak muda akan didengari, serta penglibatan mereka amat diperlukan untuk mencapai objektifยฒ di atas. Suara anakยฒ kecil menangis di seberang rumah pun kedengaran .
2 orang PM dalam tempoh sepenggal, merupakan landskap #politik yang merugikan rakyat. Tapi rugi lagi kalau ada seorang PM yang songlap duit rakyat berbiliunยฒ tapi kata itu derma .
Kepimpinan pembangkang ditawarkan untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan JK Khas C19. Ini kali bah #DSAI.