Ucaptama PM ke-9 

Ahad, 22 Ogos 2021, 6:25 pm
Ucapan pertama DS Ismail Sabri #DSIS sebagai perdana menteri Malaysia ke-9:
Pertama sekali, rakamkan ucapan menjunjung kasih #YDPA, hampir tersasul sebut nama agong panjang sangat
. Tak lupa juga terima kasih #TSMY.
Keluarga Malaysia, frasa ini bersifat inklusif merentasi sempadan agama, bangsa & kaum. Ambil idea keluarga Dom Toretto
?
Kadar pencapaian vaksinasi di negara merupakan antara yang terpantas di seluruh dunia. MulaΒ² dulu saja agak lembab, ada turbo-lag sikit
.
Bagi mengurangkan kesan ekonomi yang berpanjangan, kerajaan akan menumpukan usaha 2 objektif utama:
- Meningkatkan kesejahteraan rakyat / kuasa beli pengguna.
- Mengangkat semula sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
Suara anak muda akan didengari, serta penglibatan mereka amat diperlukan untuk mencapai objektifΒ² di atas. Suara anakΒ² kecil menangis di seberang rumah pun kedengaran
.
2 orang PM dalam tempoh sepenggal, merupakan landskap #politik yang merugikan rakyat. Tapi rugi lagi kalau ada seorang PM yang songlap duit rakyat berbiliunΒ² tapi kata itu derma
.
Kepimpinan pembangkang ditawarkan untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan JK Khas C19. Ini kali bah #DSAI.