Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Monitor LCD vs peti sejuk

250636705_410088637227618_959052140653455086_n.jpg

Sabtu, 30 Oktober 2021, 8:35 pm0

Kalau pasang monitor komputer pada litar yang sama (sama fius / breaker utama) dengan peti sejuk, nanti bila compressor peti sejuk mula beroperasi, skrin monitor akan terpadam sekejap, disebabkan lonjakan tiba² arus elektrik ke peti sejuk, yang mengurangkan arus elektrik ke monitor.

Itu hasil pemerhatian saya semasa memasang wiring elektrik untuk bilik ini. Tapi tak semua monitor pada mini saya ada masalah ini, hanya monitor LG yang terkesan, monitor Acer yang lama tu ok pulak ⁽¹⁾.

Bayangkan kalau compressor peti sejuk beroperasi setiap 10 minit, jadi setiap 10 minit juga skrin monitor tiba² padam. Tengah buat kerja terganggu, tengah tengok Running Man pun terganggu 😅.

Oleh itu, saya kena buat wiring untuk tambah soket baru yang guna litar / fius utama yang berlainan. Di rumah ini saya dapati litar untuk tingkat bawah dan tingkat atas rumah adalah berbeza. Jadi kena tarik wayar dari soket di tingkat bawah.

Wayar tu pula disimpan melalui paip konduit & keluar melalui soket sedia ada seperti dalam gambar, kemudian tambah ke soket baru.

Sekarang, soket di sebelah kiri bersambung dengan litar di tingkat bawah & soket sebelah kanan adalah litar asal untuk tingkat atas. Jadi, bila compressor peti sejuk start, tak ada lagi monitor komputer terpadam sekejap.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/08/cara-pasang-dual-monitor-pada-mac-mini/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/410088673894281/

Tulis komen: