Dah kena cabut piring Astro tak pakai

272941535_466467061589775_3709010142289786243_n.jpg

Selasa, 1 Februari 2022, 2:35 pm199

Kat piring Astro ni selalu burung merpati singgah, pastu meninggalkan tinja 💩, bulu² burung pulak ada kalanya sampai masuk bilik. Dan ada masanya orang kat tingkat atas jemur kain basah, air menitik lalu mengotorkan cermin tingkap.

Sebab tu saya pergi cabut aerial Astro ni semalam. Saya ikat screwdriver & spana dengan tali supaya tak jatuh ke bawah semasa melonggarkan skru & nat.

Satu besi grill pada tingkap dah dipotong sebelum ini untuk memasang aerial ini, jadi dapatlah saya capai sehingga ke tiang aerial untuk dibuka bolt & natnya. Hanya tinggal bracket pada dinding yang tak dapat saya buka (anak panah dalam gambar).

Sekarang burung merpati masih lagi singgah kat awning simen. Ada siapa tahu cara nak halau burung merpati daripada hinggap di tepi tingkap? Kalau letak ubat gegat menjadi tak? 🤔

Tengok dalam gambar, nampak swimming pool dah kering & badminton court. Nampak macam scene dari filem apartment angker yang kosong 👻. Tapi apartment sini realitinya penuh dengan orang. Pagi² ada dengar uncle nyanyi lagu happy birthday, tiap hari lagi tu 😆.

Tengah malam semalam punya mercun, macam² stail ada, warna-warni, meletup panjang. Tapi mercun yang saya tak tahan dengar adalah jenis bom, yang letup satu² tu, tapi letupan dia ada shockwave, boleh rosak gegendang telinga. Rasanya hantu pun dah give up nak diam kat sini 😂.

Selamat tahun baru Cina 🧧.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/466467084923106/

Tulis komen: