Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Kereta bau kopi + new year drive

322487566_1273877343162183_7364527752366002493_n.jpg

Ahad, 1 Januari 2023, 6:55 pm0

“Aok, bena Hafiz padah”.

Ceritanya, saya pergi fun drive sempena tahun baru, melintas jambatan Penang ke-2, singgah Batu Kawan, beli Americano & apple pie, pastu nak pergi berhenti sekejap kat mana² stesen minyak.

322240011_556318976097282_6228557426874303154_n.jpg
323289583_468919282100274_855177211030646668_n.jpg

Dekat simpang Stadium Batu Kawan, tiba² ada traffic jam, saya pun brek mengejut, dan tumpahlah kat tempat cup holder dalam ni.

Pergilah berhenti sekejap di tepi jalan.

Tengah lap² bersihkan kopi yang bertakung, baru tahu kat cup holder ni, ada pemegangnya (anak panah hijau), supaya cawan dapat diletakkan dengan selamat (secured), tak tumpah, tapi saya tak buka.

😫
🤦‍♂️

Waktu tu jugaklah lagu Hafiz Suip, Ku Akui mula main:

Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu,
Ternyata aku yang harus dipersalahkan…

Aok bena Piz, nang salah ku, sik tauk pake keta mpun, first time makey keta ‘moden’ bah 🤣.

Update: time balik, Jambatan Penang 1st penuh, sampai jem dari lepas tol berbaris masuk jambatan. Biasanya atas jambatan barulah trafik bergerak perlahan, tapi kali ni berhenti terus. Mesti semua dah balik dari bercuti.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/829687434864837/

Pingback: Masih banyak biji kopi tapi dah expired

Tulis komen: