Tengok burung merak kat Peacock Eco Park, Perai
Jumaat, 29 Disember 2023, 7:35 am
Terletak di tepi Sungai Perai, #Penang, kawasan umum tak ada bayaran masuk. Lokasinya macam kawasan reban milik bersama penduduk di taman perumahan di sana.




Mula² tiba, saya dengar bunyi nyaring macam bunyi kucing jantan nak berbini. Rupa²nya itu bunyi burung merak kat dalam sangkar ni. Sekejap bunyi dia macam ayam betina berteriak kena kejar, sekejap berbunyi kecil macam ayam tengah panik nak cari jalan keluar .












Semasa saya ke sini dalam jam 4 petang, lengang tak ada orang. Lepas beberapa minit saya tengok² reban kat belakang sangkar besar, ada 3 orang sekeluarga tiba. Bila saya nak balik, barulah semakin ramai datang, terutamanya kanak² & remaja sebab ada taman permainan di kawasan berdekatan.
P.s: tempat parking kat sini laluannya sempit & tebing jalan tinggi. Saya terlebih gostan waktu nak keluar, tayar belakang jatuh ke luar laluan, ke tanah, sampai tayar depan sedikit terangkat & tak dapat grip permukaan jalan, lalu kereta tersangkut sekejap tak dapat bergerak.
Nasib baek saia pro driver, bagi gostan lagi sikit sampai tayar depan cecah habis permukaan jalan, kemudian pulas² stering ke kiri kanan, barulah dapat kereta bergerak ke depan, tayar belakang naik balik ke atas jalan .
30 Disember 2023
Stesen Petronas ni mesti sesak musim balik raya
28 Disember 2023