Mencuba ayam pansuh dalam tin

Sabtu, 5 Oktober 2024, 1:55 pm
Produk ini dikeluarkan oleh Lifespantree Company kat Kuching, memfokuskan menu tradisi Sarawak.
Ada tiga menu oleh syarikat tersebut setakat ini, dimulai dengan ayam pansuh – ayam kampung masak dalam buluh.
Mereka guna ayam kampung tua yang dibakar sedikit bagi membuang bulu² halus pada kulitnya.
Tidak hanya mengandungi isi ayam, ada juga ditambah daun bandung (ubi kayu) & tepus (sejenis lengkuas hutan), bagi menghasilkan rasa dalam hutan Sarawak yang original .
Setin cukup untuk 2 orang, #makan dengan nasi putih. Produk dalam tin ini tahan disimpan (shelf life) sehingga 2 tahun.
6 Oktober 2024
1 Oktober 2024