5 Julai 2021, 8:00 pm
Bagi mereka yang selalu mengedit audio, Audacity adalah antara software yang popular digunakan sebab ia adalah free & open source software (FOSS). Tapi baru² ni selepas projek Audacity diambilalih oleh Muse Group (yang juga empunya website Ultimate Guitar), mereka telah mengubah privacy policy menjadikan ia tidak patuh GPL (GNU General Public License) lagi ⁽¹⁾:
#gitar
4 Julai 2021, 9:30 pm
Pringles & keripik singkong banyak rasa masin, keropok pisang BanaBee pulak ada masam² sikit sebab perisa tomato, last² kerepek pisang ni jugak yang paling best, sebab manis~.
#makan
3 Julai 2021, 2:00 pm
Jalan ini merupakan jalan utama tunggal di kawasan ini yang menyambungkan kampung² yang berselerak dengan pekan #Simunjan dan jalan Pan Borneo. Dalam banyak² kampung, Kpg Kepayan selepas Munggu Lallang menjadi tumpuan sebab terdapat Sungai Rian ⁽¹⁾ yang ada air terjun cantik & menyegarkan, sesuai untuk berkelah & bercamping. Masuk dalam list tempat saya nak lawat nanti lepas PKP.
#BKSSLoop
#dashcamdrive
#Simunjan
2 Julai 2021, 10:40 pm
Ada segelintir penduduk yang sampai berminggu² catu makanan ataupun berlapar. Jiran & penduduk sekeliling ada yang tak tahu pun perihal tu, sebab mungkin mereka yang ditimpa musibah ni berasa malu untuk ketuk pintu rumah jiran untuk minta sedikit makanan macam isteri Ali Baba.
#politik
1 Julai 2021, 9:00 pm
Sela masa antara 2 dos suntikan #vaksin AstraZeneca asalnya 12 minggu bagi membolehkan tahap imunisasi lebih tinggi, telah dipendekkan kepada 9 minggu ⁽¹⁾, susulan penyebaran varian Delta #Covid19 yang lebih mudah menular & lebih teruk kesan jangkitannya.
#vaksin
30 Jun 2021, 8:30 pm
Bulan lalu bunyi berkokok macam suram jak, masih sengong, belum ada energi pada suara, macam bunyi tekukur pun ada. Sekarang dah nyaring berteriak, dapat lawan bapak #ayam yang seekor lagi dalam reban 😆.
#ayam
29 Jun 2021, 9:25 pm
Kalau makanan boleh kita ubah suai genetik supaya cepat berbuah, ataupun buahnya tahan serangan penyakit, ataupun saiz buah menjadi besar & kurang biji, kenapa belum ada dengar lagi projek pokok #kayu yang diubahsuai genetiknya atau GMO (genetically modified organism) supaya kayu pokok tersebut lebih cepat membesar & meninggi, lebih keras, lurus & tahan serangan anai² atau bubuk ⁽¹⁾. Tanam dalam 5 tahun dah boleh ditebang untuk dijadikan kayu balak & plywood.
#DIY
#jalan
#kayu
28 Jun 2021, 3:55 pm
Melihat kepada reaksi umum, saya dah agak ramai tak berapa tangkap pengumuman #TSMY pasal pelan pemulihan yang diumumkan ⁽¹⁾, sebab dah biasa dengan #MCO yang dibuat berdasarkan tempoh masa.
#TSMY
27 Jun 2021, 10:00 pm
Selalu post pasal benda makan, kali ni nak cerita pasal #senaman #workout pulak. Baru seimbang persamaan (equation) untuk mengekalkan berat badan ideal:
#senaman
#workout
26 Jun 2021, 2:00 pm
Part kali ni bermula dari pekan Balai Ringin, masuk simpang ke #Simunjan ⁽¹⁾ dan berhenti di simpang Ulu Simunjan.
#BKSSLoop
#dashcamdrive
#PanBorneo
#Simunjan