Dobi Laundrybar dah tukar jadi Wash & Dry
Kalau hari hujan², takut pakaian dicuci lambat kering, pastu jadi berbau, saya cuci pakaian kat #dobi layan diri saja, senang ada dryer.
Kalau hari hujan², takut pakaian dicuci lambat kering, pastu jadi berbau, saya cuci pakaian kat #dobi layan diri saja, senang ada dryer.
Hari dah nak masuk malam, masih ada jugak yang main bot kayuh kat tasik, belum lagi yang main bot berenjin seperti dalam gambar, pusing² tasik habiskan petrol 😅.
Tahun lalu pokok² buluh kat #kebun bukit kat #Serian ni ditebang untuk lapangkan kawasan ⁽¹⁾. Saya ada juga ambil video, ingat nak buat macam Jungle Survival tu ⁽²⁾. Tapi tiba² Covid-19 datang, lalu berbulan² tak singgah sini. Sekarang buluh semua dah panjang balik.
Ikut idea asal, saya nak jalan² pusing satu bandaraya Kuching menggunakan laluan tanpa lampu isyarat, melalui kesemua jejambat yang ada kat sini, terus saja tak ada henti². Tapi itu agak mustahil, sebab traffic light merata tempat & laluan yang ada jejambat pun sekerat saja.
Kalau tengok kat drama atau candawara (variety show) Korea, mereka ada #makan mi jjajang (jjajangmyun, 짜장면), ataupun mi dengan sos kacang hitam (black bean sauce). Saya selalu terfikir macam mana rasa sos jjajang tersebut, adakah rasa macam inti bun kacang merah? Sebab daripada kacang jugak kan? 😅
Laptop #Thinkpad banyak digunakan oleh orang bisnes, kakitangan kerajaan & programmers, sebab keyboardnya yang ergonomik dan juga ketahanan badan #laptop ini. Namun ada juga beberapa kekurangan, khususnya model X260 yang saya baru beli ni ⁽¹⁾.
Pantai ini merupakan pantai utama yang terdapat di #Bintulu. Kawasannya luas, ada 4 zon parkir kenderaan. Ramai penduduk tempatan datang ke sini petang² untuk beriadah, dan ramai juga sekadar berkelah dan melepak.
Seingat saya, kena beli bungkusan besar mi yang ada dalam 10 paket, dapatlah pocket #radio macam ni free, kat label Johnsonville tu ada tulis Lee Fah Mee.
Selangor vs Penang - Selangor yang beraksi cemerlang mengikat JDT pada perlawanan sebelumnya, tampak hilang arah apabila gagal membayangi formasi Penang dengan susunan asas 4-3-3, dan bertahan dengan 4-1-4-1 ⁽¹⁾.
Sebelum saya pergi roadtrip hujung tahun lalu, tiba² #laptop sedia ada Macbook Pro tahun 2010 tak dapat nak start ⁽¹⁾. Ingat nak ganti terus dengan #Thinkpad, tapi tangguh dulu sebab belum dapat nak jalan² jauh kena PKP. Memang tujuan nak ada laptop sebab nak dapat buat kerja bila pergi jalan².