Tahun 80-an dah ada jalan menghubungkan timur & barat Malaya, 2020 dah nak habis, jalan ke Mulu belum lagi ada

23 Disember 2020, 2:30 pm

Ini tangkap layar daripada video oleh Chris Wee, lokasi di hentian rehat Titiwangsa ⁽¹⁾. Terletak di jalan Gerik - Jeli, jalan ini telah dibina dari tahun 1970 hingga 1982. Waktu tu masih lagi ada ancaman pengganas komunis terutamanya di kawasan hutan tebal begini, sehingga melibatkan kehilangan nyawa pekerja JKR. Oleh itu plakat peringatan ini diletakkan di hentian ini sebagai memori.

‘Cry For Me’ ni boleh dikatakan bonus track untuk album ‘Eyes Wide Open’

18 Disember 2020, 2:40 pm

Album ‘Eyes Wide Open’ oleh artis dikeluarkan 2 bulan lalu ⁽¹⁾, dengan title track ‘I Can’t Stop Me’, namun tersebut kurang mendapat sambutan dalam pasaran tempatan Korea ⁽²⁾. Saya rasa lagu dengan rentak retro elektropop tersebut mungkin kekurangan wow elemen pada dan nyanyiannya. Dan disebabkan lagu ini jenis dance song, lagu ini mungkin hanya dapat dinikmati apabila disertakan dengan persembahan koreografi tarian.