Mencuba nasi ayam kari hijau
Kelainan makanan ini ialah ia disertakan sekali flameless ration heater - paket yang mengandungi bahan yang menghasilkan haba untuk tujuan memanaskan makanan apabila terkena air. Selalu tengok video Rirang girl camper ada guna heat pack ni, nak try jugak macam mana cara guna.
Mudah bawa tapi payah guna
Cawan silikon boleh lipat dari Daiso ni memang mudah untuk disimpan & dibawa jalan². Bila dilipat, dah jadi setebal iPhone. Tapi bila nak guna, dinding cawan ni lembut sangat, jadi melonjong bentuk bukaan cawan. Isipadu pun tak banyak, lebih kurang saiz cawan #minum soju.
Merenung ke dalam api
Kalau nak buat BBQ, saya lebih suka guna kayu² api seperti yang dikumpul dalam post semalam ⁽¹⁾. Lebih² lagi kalau kayu api ini dibakar pada malam hari, ia menyala menghasilkan cahaya yang selesa untuk dilihat, berbanding menggunakan arang komersial yang hanya membara.
Nak cari kayu, nak cari kayu
Ada beberapa lagi dahan kecil pokok kristal yang tinggal untuk dikerat² pendek buat jadi kayu api.
Ditemani periuk berasap, dan bau daging
Satu hakikat yang kena terima bila berumah di tepi highway #PanBorneo, pagi² hujung minggu akan kedengaran bunyi konvoi moto besar melintas, mungkin dari Kuching menuju Simanggang, ada orang pergi buat road trip. Satu lagi, walaupun berumah kat tepi Pan Borneo, tak semestinya dapat line telefon, line internet apa lagi. Kat Ensebang Jaya, Celcom no service ☹️.
Mencuba isi ayam vegan sambil camping live bersama Rirang girl camper
Kelmarin Rirang girl camper dari Korea ada buat live dari campsite dekat Seoul. Bagi yang belum pernah tengok video Rirang lagi, dia banyak buat travel style backpacker & berbasikal. Lokasi #camping dia pula sama ada di campsite yang ada deck, ataupun ikut style wilderness / dalam hutan belantara. Video² dia pula diedit macam rancangan #candawara Korea, ada sedikit macam 2 Days 1 Night season 1.
Berapa lama mentol LED menyala menggunakan powerbank?
Semalam blackout sekejap kat rumah, tengok sesetengah jiran seberang ada pulak karan rumah diorang, mungkin line ke rumah kami saja ada problem 🤔? Kebetulan mentol LED yang di-order semasa 8.8 dah sampai, boleh test penggunaan. Ini spesifikasi mentol & powerbank:
PM letak jawatan, rumah pun takda karan 😮💨
Dah pasti dah berita PM & seluruh kabinet PN letak jawatan ⁽¹⁾, berikutan 15 ahli parlimen UMNO yang menarik balik sokongan kepada #TSMY ⁽²⁾. Beliau akan jadi Perdana Menteri caretaker, sementara #YDPA memilih PM baru yang disokong majoriti ahli Dewan Rakyat. #politik
Pernah tengok periuk nasi saiz bekas pensel?
Dalam banyak² video pasal #campervan yang saya tengok, video daripada Youtuber Jepun ni yang paling unik. Biasanya campervan dibina daripada van terpakai & habis semua isi dalam kenderaan ditanggalkan, dinding lantai ditebuk & diubahsuai.