29 Jun 2021, 9:25 pm
Kalau makanan boleh kita ubah suai genetik supaya cepat berbuah, ataupun buahnya tahan serangan penyakit, ataupun saiz buah menjadi besar & kurang biji, kenapa belum ada dengar lagi projek pokok #kayu yang diubahsuai genetiknya atau GMO (genetically modified organism) supaya kayu pokok tersebut lebih cepat membesar & meninggi, lebih keras, lurus & tahan serangan anai² atau bubuk ⁽¹⁾. Tanam dalam 5 tahun dah boleh ditebang untuk dijadikan kayu balak & plywood.
#DIY
#jalan
#kayu
22 Jun 2021, 8:00 pm
Kereta #vivaturbo tak dapat berjalan jauh waktu PKP sekarang, inilah masanya untuk pasang² benda baru. Sekali mula berjinak dengan modifikasi #kereta, kereta memang takkan siap² 😂.
#DIY
#kereta
#vivaturbo
17 Jun 2021, 8:55 pm
Saya nak cuba produk ni, foam cleaner brand Getsun, nak tengok berapa berkesan untuk mencuci kotoran pada seat #kereta #vivaturbo. Dah beli lama sebelum PKP, belum lagi pakai, baru sekarang ada datang rajin sikit nak #DIY 😆.
#DIY
#kereta
#vivaturbo
28 Mac 2021, 10:30 am
Tahun lalu pokok² buluh kat #kebun bukit kat #Serian ni ditebang untuk lapangkan kawasan ⁽¹⁾. Saya ada juga ambil video, ingat nak buat macam Jungle Survival tu ⁽²⁾. Tapi tiba² Covid-19 datang, lalu berbulan² tak singgah sini. Sekarang buluh semua dah panjang balik.
#BulohInn
#camping
#DIY
#kebun
#Serian
24 Januari 2021, 9:50 am
Dulu² selalu tengok sarung parang diperbuat daripada kayu. Dua keping papan dipahat alur pada belah yang bertentangan, kemudiannya diapit kedua² papan tersebut menghasilkan ruang di tengah antara papan untuk menyimpan parang.
#DIY
#kebun
12 Disember 2020, 10:20 am
Sambungan daripada part 1 (https://azwan082.my/post/8512/) #DIY #soundproof #vivaturbo #howto, sebelum ni hanya memasang getah pintu untuk bonet belakang #kereta, part ini saya memasang untuk keempat² pintu.
#DIY
#howto
#kereta
#soundproof
#vivaturbo
11 Disember 2020, 11:30 am
Sambungan daripada post semalam (https://azwan082.my/post/8499/), jalur getah untuk soundproof ini menyebabkan pelbagai masalah seperti pintu sukar dibuka & kotoran banyak melekat. Jadi ini cara #DIY yang saya pilih untuk atasi masalah tersebut sambil mengekalkan soundproofing pada #kereta #vivaturbo ini. #howto
#DIY
#howto
#kereta
#soundproof
#vivaturbo
10 Disember 2020, 11:25 am
Tujuan saya memasang jalur getah #soundproof #DIY (https://www.instagram.com/p/BVcVajKhLCR/) adalah untuk mengurangkan lagi bunyi bising dari luar #vivaturbo ini, terutama sekali bunyi tayar dan bunyi angin semasa laju.
#DIY
#kereta
#soundproof
#vivaturbo
9 Disember 2020, 2:10 pm
Getah pada bahagian luar cermin pintu #kereta #vivaturbo ni selepas 9 tahun dah mula mengeras dan berkecai (brittle). Sekarang senang, alat ganti (replacement part) untuk bahagian ini ada dijual online, saya beli menerusi Shopee pada jualan 11.11 bulan lalu.
#DIY
#howto
#kereta
#vivaturbo
3 Disember 2020, 5:00 pm
Khamis, 3 Disember 2020, 5:00 pm Menyemai benih tumbuhan menggunakan kertas kitar semula seperti surat khabar atau majalah memberi beberapa kelebihan seperti: Lebih murah & mudah berbanding menggunakan polibag Boleh tanam terus ke tanah & kertas akan lupus sendirinya, tidak seperti polibag Kertas² terpakai tidak hanya dibuang tanpa dimanfaatkan kegunaannya ① – Ini benih tomato […]
#DIY
#howto
#kebun