#MCO
azwan082.my
    • Apps
    • Petrol
    • Live TV
    • Waktu Solat
    • Turutan
    • Terkini
    • Popular

Harga bahan api fosil minggu ke-4 Jun 2020

20 Jun 2020, 8:30 am

Dah 2 minggu #MCO pemulihan (PKPP), semua orang keluar memandu kat jalan, pergi merentas negeri, kat Sarawak orang ramai merentas daerah & bahagian, meningkatkan permintaan kepada bahan bakar, meningkatkan pembebasan gas ekzos, dan juga meningkatkan #hargapetrol.

#hargapetrol #Petronas

4 bulan tak gunting rambut, fesyen rambut pun dah macam Jackie Chan dalam Police Story 😅

18 Jun 2020, 2:00 pm

Kalau pergi kedai gunting rambut, jangan sampai tersilap nampak, tukang gunting rambut pakai macam cef. SOP masa #MCO pemulihan (PKPP) ni memang kena pakai PPE (apron + face shield & mask).

Bukti bumi semakin pulih semasa MCO - pokok timun berbuah daripada benih yang dicampak bawah pokok

11 Jun 2020, 12:56 pm

Biasanya saya buang sisa dapur macam bekas kulit bawang, daun #sayur lama, kulit buah²an, kulit telur dll kat bawah pokok ni untuk dijadikan kompos. Mungkin biji benih timun tu jatuh kat kawasan kompos yang kondusif untuk benih bercambah, tu yang sampai besar panjang menjalar & berbuah timun ni, tak ada dibagi baja langsung 🥒.

#sayur

Jalan² melihat pemandangan matahari petang di Lebuhraya Kuching - Samarahan

10 Jun 2020, 2:25 pm

3 bulan #MCO jumlah kenderaan di jalan raya berkurangan secara drastik. Hasilnya, atmosfera bumi pun semakin bersih dan pulih. Sehingga dapat menikmati pemandangan yang cantik & jelas seperti ini.

#jalan

Perintah kawalan pergerakan pemulihan bermula 10/6/2020 hingga 31/8/2020

7 Jun 2020, 3:45 pm

Dalam tempoh #MCO pemulihan ini, pergerakan rakyat dilonggarkan lagi. Ini antara perkara yang saya sempat tulis:

#LigaMalaysia #raya

Jarang tengok Bandar Serian kosong macam ni

3 Jun 2020, 4:15 pm

Pasaraya Sin Joon Miaw, pasaraya paling sibuk kat Bandar Serian, sentiasa penuh dengan orang ramai. Susah nak cari tempat letak kereta kat sini yang sentiasa penuh. Dari kecil dah selalu beli barang² sekolah dan pakaian kat sini.

#jalan #Serian

Jalan² tengok gunung Serapi

29 Mei 2020, 2:05 pm

Gunung #Serapi adalah salah satu gunung yang dapat dilihat dari bandaraya #Kuching, selain gunung #Santubong. Pemandangan ini saya ambil semasa melalui Jalan Singai - #Matang, ataupun disebut ramai sebagai #jalan Kampung Kolong.

#jalan #kereta #Kuching #Matang #MyTV #Santubong #Serapi

Jalan² tengok gunung Santubong

28 Mei 2020, 2:35 pm

Pemandangan gunung Santubong ni dapat dilihat melalui Jalan Lingkaran Semariang, #jalan dari kawasan Taman #Semariang Aman hingga ke simpang menuju ke #Santubong. Kawasan ni kiranya masih baru lagi, terdapat banyak projek perumahan baru dibuka dan dalam pembinaan.

#jalan #kereta #Santubong #Semariang

Time² raya ni, makan sedap², daging ayam rendang semua, jangan lupa berkongsi dengan emau anda

26 Mei 2020, 2:40 pm

Dia tengah menunggu kalau ada sisa² yang terjatuh dari tepi meja 😭.

#emau #makan

Resipi nasi ayam masak guna rice cooker saja 🍚🍗

13 Mei 2020, 5:10 pm

Konsep #resipi ni, daripada mengukus ayam kat atas air mendidih atas dapur, baik gunakan wap air dan haba daripada nasi yang sedang dimasak tu untuk masakkan ayam. Sekali jalan.

#makan #puasa #resipi

2008-2025 © azwan082.my (003610659-K)
Privacy Policy · Terms & Conditions