Asas kepada SOP pembukaan semula ekonomi negara adalah tiga perkara ini:
Sabtu, 2 Mei 2020, 4:00 am0
- Penjarakan sosial
- Penjagaan kebersihan diri
- Pengawalan keselamatan
Kalau tak faham asas ini, itu yang jadi banyak persoalan, rungutan ataupun troll tak munasabah yang banyak keluar daripada netizen.
☛ Penjarakan sosial
Setiap orang kena jaga jarak minimum 1 meter antara satu sama lain. Oleh itu anda kena elak orang lain dekat² kurang dari satu meter.
Kalau tak dapat nak dikawal jarak ini, ertinya aktiviti tersebut belum lagi dibolehkan dijalankan semasa #MCO.
Kenapa nak jauh² antara satu sama lain? Kerana setiap manusia membebaskan titisan air, sama ada dari hidung, mulut ataupun dari peluh badan, sehingga 1 meter jauhnya dari badan masing². Dalam titisan air ini berkemungkinan mengandungi virus #Covid19, benda inilah yang kita nak elakkan, daripada menjangkiti orang lain.
Siapa yang nak kena kawal jarak ini? Anda sendiri kena jaga jarak sendiri.
Ataupun kalau di kedai, orang kedai akan kawal, dengan menghadkan jumlah orang yang berada dalam kedai pada satu² masa. Kalau di pejabat, majikan, manager atau supervisor akan kawal. Kalau tempat awam macam stesen bas, stesen LRT ataupun shopping mall, pekerja di stesen atau shopping mall tersebut akan kawal.
Sekarang guna otak masing² untuk mentafsirkan aktiviti kerja atau aktiviti sosial masing² adakah ia menepati ciri² penjarakan sosial yang diterangkan di atas?
Kalau penjarakan sosial sukar dilaksanakan, lebih baik aktivitu tersebut tidak dijalankan buat masa sekarang.
Dalam pada itu ada pulak yang troll: balik raya tak boleh, pergi bekerja boleh. Soal diri balik, pergi beraya berkumpul ramai² ada siapa yang nak kawal penjarakan sosial? Mindset dia di situ kalau tak ramai orang, tak meriah lah, bukan raya lah nama nya. Pernah tengok orang beraya duduk jauh² takda bersalam²?
Satu lagi, kalau nak keluar makan satu keluarga, tapi ahli keluarga ada 5 orang, meja makan pula tak cukup, tak dapat nak buat penjarakan sosial, baik janganlah, order tapau makan kat rumah saja.
☛ Penjagaan kebersihan diri
Setiap kali selepas menyentuh objek atau permukaan, terutama sekali objek atau permukaan di tempat awam, mestilah anda mencuci tangan dengan sabun dan air ataupun hand sanitizer.
Kenapa kena buat macam ni? Sebab selepas sentuh objek atau permukaan tersebut, ada kemungkinan virus Covid19 melekat pada tangan anda. Dengan mencuci tangan, virus tersebut dapat dibuang. Selepas itu, jika anda menyentuh muka, tiada risiko virus itu melekat pada mata, hidung atau mulut. Melalui rongga dan organ badan inilah virus masuk dalam badan dan menjangkiti diri anda.
Anggap virus ni macam lumpur yang ada pada semua objek dan permukaan di luar sana, yang melekat pada tangan anda selepas anda menyentuh objek atau permukaan tersebut. Dengan mencuci tangan, lumpur itu akan hilang dari tangan.
Sekarang guna otak masing² sekali lagi. Apakah selepas aktiviti kerja atau sosial yang anda lakukan anda dapat terus mencuci tangan ataupun badan anda?
Jika tidak dapat, sebaiknya tangguhkan dulu aktiviti tersebut.
Namun, terdapat SOP daripada Majlis Keselamatan Negara yang memberi panduan kepada aktiviti yang mana anda tidak dapat kerap mencuci tangan setiap kali melakukan tugasan, iaitu dengan mengguanakan sarung tangan, ataupun memakai PPE (personal protective equipment). Walau bagaimanapun, tempoh pemakaian sarung tangan dan PPE adalah terhad, dan tetap juga anda kena cuci tangan dan badan selepas memakai kelengkapan ini.
Rujuk kembali point di atas – setiap manusia membebaskan titisan air. Sebab itu ada juga SOP setiap orang kena pakai pelitup muka (face mask) apabila berada di luar. Titisan air dari hidung dan mulut lah yang kerap dihembus atau disembur keluar ke sekeliling. Dengan ada pelitup muka, titisan air ini akan diperangkap oleh pelitup muka tersebut, dan mengelakkan terkena pada orang lain.
Sebab tu sukan yang melibatkan sentuhan atau ramai orang macam bola sepak masih belum dapat disambung lagi, takkan nak pakai PPE, setiap kali tackle pemain lawan nak kena pegi mandi dulu baru sambung balik main?
☛ Pengawalan keselamatan.
Pengawalan ini spesifik kepada saringan suhu badan di pintu² masuk.
Sebab tu kalau tengok kedai², pasar² awam atau pusat membeli belah, ada petugas yang menembak suhu di dahi. Kalau suhu terlalu tinggi, individu tersebut tidak dibenarkan masuk, sebab kemungkinan untuk menjangkiti atau dijangkiti penyakit adalah tinggi. Jadi inilah ciri keselamatan yang hendak dijaga, supaya orang yang kurang sihat tersebut tidak dijangkiti Covid-19, ataupun jika dia sendiri adalah pesakit, dia tidak menyebarkan kepada orang lain.
Sekarang semakin banyak sektor pekerjaan atau aktiviti ekonomi yang ingin dimulakan semula. Setiap premis yang menjalankan aktiviti ini, sama ada kedai, pejabat, pengangkutan awam dll. mesti ada petugas yang menyaring suhu badan orang yang ingin masuk ke dalam kawasan tempat kerja.
Antara langkah pengawalan keselamatan lain adalah dengan memakai pelitup muka sepanjang melakukan aktiviti kerja ataupun sosial tadi. Rujuk balik pada penerangan point di atas, berkenaan kenapa perlu memakai pelitup muka.
Ambil contoh orang yang nak beraya tadi. Adakah diorang nak buat saringan ambil suhu badan setiap orang yang datang rumah? Kalau arahan untuk tidak balik beraya pun sudah dipertikaikan, apatah lagi arahan untuk menyaring suhu badan. Penjarakan sosial dalam rumah pun lagi satu hal, ramai yang susah nak ikut arahan.
—
Kenapa nak dibuka ekonomi? Kalau tak buka ramai yang tak kerja tak dapat pendapatan, seterusnya tak dapat nak menyara diri atau keluarga. Di konteks perniagaan pula, banyak perniagaan tak dapat nak beroperasi, jadi tak dapatlah duit jualan, ramai pekerja tak dapat gaji, hutang pembekal tak dapat bayar, seterusnya perniagaan boleh bungkus, dan ramai lagi yang rugi. Di peringkat kerajaan pula, apabila banyak perniagaan tutup, cukai tak dapat dikutip, perolehan kerajaan juga berkurangan, seterusnya tak dapat nak membiayai pembangunan & meneruskan operasi sektor awam, dan semua akan menerima kesan buruk.
—
Pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara telah pun berulang kali memberi nasihat dan SOP untuk orang ramai masing² ikuti dan ambil peduli. Kita dapat saja gunakan otak untuk berfikir menggunakan pemikiran logik waras akal untuk mentafsirkan mesej yang disampaikan pihak berkuasa, dan mengaplikasikannya pada kerja sendiri. Tapi terdapat segelintir orang otaknya dah biasa sangat digunakan untuk troll orang lain, memperli² orang lain, sampai perkara serius pun nak dipermain²kan, sampai diri sendiri susah sangat nak faham bahasa. Bila sendiri susah mulalah salahkan orang lain.
—
SOP Pembukaan Semula Ekonomi oleh Majlis Keselamatan Negara:
Pengenalan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2390230507746508
Sektor Pengangkutan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389786474457578
Sektor Logistik – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389797491123143
Sektor Makanan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389801461122746
Perkhidmatan Ikhtisas & Profesional – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389816017787957
Sektor Pembuatan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389829777786581
Sektor Sosial – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389839864452239
Sektor Minyak & Gas – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389845767784982
Sektor Pelbagai – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389850597784499
Sektor Peruncitan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389866884449537
Aktiviti Ar-Rahnu Koperasi & Kredit Koperasi – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389871474449078
Sektor Sukan & Rekreasi – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389876547781904
Sektor Agrikomoditi – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389881857781373
Sektor Kewangan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389887311114161
Industri Pertahanan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389892731113619
Sektor Pembekalan Elektrik – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389902004446025
Sektor Pendidikan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389906621112230
Sektor Pertubuhan Peladang & Makanan (Padi & Beras) – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389939557775603
Sektor Perdagangan & Keselamatan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389941637775395
Sektor Perikanan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389944474441778
Sektor Pertanian – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389948251108067
Sektor Makanan & Penternakan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389951697774389
Sektor Komunikasi – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389956961107196
Sektor Teknologi Maklumat – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389959874440238
Sektor E-Dagang – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389962427773316
Sektor Industri Kreatif – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389964537773105
Sektor Kebudayaan & Kesenian – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389969097772649
Sektor Perhotelan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2389977351105157
Sektor Alam Sekitar – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2390096381093254
Sektor Pembinaan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2390112074425018
Sektor Perkhidmatan Berkaitan Guaman – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2390114767758082
Sektor Kesihatan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2390117961091096
Sektor R&D dan Makmal² Ujian – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2390119874424238
Sektor Industri Kawalan Keselamatan Swasta – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2390123051090587
Sektor Kebersihan & Keselamatan – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2390128714423354
Sektor Pembinaan & Pengurusan Strata – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2390130311089861
Sektor Kewangan (Kredit Komunity & Pajak Gadai) – https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/posts/2390132444422981
#TSMY