Semalam ikut Evo Drive ke Borneo Highland Resort guna Viva jak

Isnin, 8 Februari 2021, 7:55 pm1,082

Ini drive ke-2 untuk Evo Club Sarawak. Yang pertama hari tu hanya pergi ke Santubong, dah selalu sangat ke sana.

145046530_246535453582938_3747497109979291514_n.jpg

① – Kali ni ke Borneo Highland Resort (https://www.facebook.com/aurizn/posts/10157796187741080), saya belum pernah lagi sampai ke Puncak Borneo, jadi boleh join sekali sambil ambil² gambar 📸.

Siapa² yang nak ikut, berkumpul di Saradise jam 0700. Sebelum berkumpul saya berhenti di Petronas sekejap untuk isi tangki penuh. Jam 0730 konvoi super yang diketuai Ferrari California, diikuti beberapa biji Porche, dan juga kereta² BMW M4, Merc AMG, Subaru WRX, Honda Civic dan banyak lagi, mula bergerak ke pintu masuk Borneo Highland Resort.

Kami tak memandu dalam satu kumpulan besar, sebaliknya masing² ikut halaju sendiri (own pace). Saya mula gerak dari Saradise dalam 0740, dapat juga mengejar kumpulan yang dah gerak awal, di jalan Borneo Height dekat simpang Empangan Bengoh.

145855503_246535536916263_8853747094540712796_n.jpg

② – Dalam 0835, kami berhenti sekejap di entrance Borneo Highland Resort. Tak ada bayaran untuk masuk, cuma ada pengawal keselamatan yang menjaga laluan.

Kat depan saya ada beberapa biji Honda Civic & Integra, kat belakang ada Rav4 mengekori rapat. ni tak ketinggalan jauh, boleh juga rapat dengan Integra merah kat depan. Waktu jalan naik, dapat sampai 60 km/j, pada gear 3 & boost maksimum. Ada kalanya kereta kat depan memperlahankan halaju pada selekoh, jadi kalau saya nak tambah laju lagi lepas tu, disebabkan guna gear auto, kena tukar ke low gear (gear 2), bila dah laju sikit, tukar ke gear 3. Kiranya nak kawal gear waktu naik bukit secara laju ni macam guna manual, hanya main gear 2 dan 3.

146553577_246535483582935_8919946564083052019_n.jpg

③ – Jam 0850, kat Simangas Waterfall, kami berhenti sekejap, tengok² alam sekitar, tengok sungai. Selekoh kat depan jambatan ini ditutup satu lorong, jadi kena extra berhati², takut ada kenderaan yang sedang turun. Dalam gambar, ini Porche Cayman GT4, nice car bro!

146291556_246535506916266_306765166038579455_n.jpg

④ – Kami masuk ke kawasan Borneo Highland Resort pada 0920, dengan cuaca mendung & sedikit hujan renyai², suhu kat luar sejuk macam kat Cameron Highland, tapi Kundasang lagi sejuk 🥶.

Di sini kami berhenti lepak² lagi ambil gambar, ambil video. Saya ingat nak ambil gambar panorama 360, tapi disebabkan cuaca mendung & kabus yang semakin menebal, tak jadilah kali ni.

Saya juga plan nak buat video , tapi terlupa bawa bolt pengikat mounting GoPro, tapi ada bawa mounting untuk phone kat tripod, jadi hanya guna phone saja untuk ambil video driving ni. Itu sebab video banyak gegar² 😬.

Dalam perjalanan turun, saya yang di belakang sekali, dan rasanya itu keputusan yang betul, sebab berlaku satu ‘kejadian’ 😅. Disebabkan kejadian itu, saya tak jadi ikut konvoi yang meneruskan perjalanan menerusi jalan Padawan, tembus ke highway Kuching – Serian dekat Tapah, kemudian balik ke Kuching dan singgah di Coffee Factory Cafe di Kota Sentosa (Batu 7). Lagi pun target saya pun hanya nak sampai kat Puncak Borneo, kiranya sasaran tercapai dah. Nak tau apa yang berlaku tu, tengok video kat sini:

Saya tak ada gambar keseluruhan kereta peserta, jadi saya pinjam gambar oleh bos Evo Club Sarawak, Alex Stmrock. Cuba cari di mana si Viva 😁 (https://www.facebook.com/aurizn/photos/pcb.10157796187741080/10157796182111080).

Yang menariknya drive ini, bukan supercar atau kereta high performance saja yang join. Selain saya, ada juga Daihatsu Charade old school yang join belakang Porche, dan juga sebiji Kancil yang join bila kami dah sampai di Borneo Highland Resort. Everyone was having fun driving 🎉.

Next drive, apa kata dari Bau, guna jalan Jambusan-Semadang, pastu dari jalan Padawan tembus hingga ke Tebedu. Tambah² lagi kat jalan penuh pokok & hutan, lagi syok 👍🏻!

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/246444930258657/

Pingback: Ke Annah Rais cari hotspring, BKSS Loop part 4

Pingback: Tukar rim, spanar tayar pun kena tukar

Tulis komen: