Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Lepas injek lalu dapat makan pokok 🥦

202073579_326484012254748_449187829482705231_n.jpg

Isnin, 21 Jun 2021, 7:00 pm0

Brokoli tu nampak macam pokok la kan? Ada daun, ranting, dahan, batang, nasib tak makan dengan akar sekali 😅.

Kelmarin saya diinjek dengan AstraZeneca kat BCCK. Antara perkara yang saya dapati:

  • Bagi saya proses ini sangat lancar, untung dapat parking berbumbung, dekat dengan pintu masuk HCO A, lepas tu terus masuk ke tingkat atas, tak kena matahari langsung 😌.
  • Kena bawa pen sendiri untuk isi borang.
  • Sebelum kena injek, nurse ada tanya nak injek tangan kiri atau kanan. Sebaiknya injek di tangan bukan dominan – kidal pilih tangan kanan, supaya dapat buat kerja nanti, tangan yang kena injek akan rasa lenguh².
  • Sebelum injek juga nurse akan tunjuk berapa banyak vaksin dalam picagari. Untuk AstraZeneca, amaun diberikan ialah 0.5 ml.
  • Di ruang pemerhatian, saya tak perlu tunggu hingga 30 minit, lebih kurang 10-15 minit saja nombor dah dipanggil untuk proses terakhir, update data dalam MySejahtera, kemudian dah boleh balik.
  • Ada gerai jual makanan kat ruang parking bawah BCCK, tapi saya tak singgah, tengok ada panjang barisan.

Untuk kesan sampingan pula:

  • Sebaik lepas menerima vaksin, tak ada kesan yang ketara. Rasa haus, letih & pening tu biasa saja sebab memandu pada siang hari yang terik.
  • Rasa menggigil & demam datang dalam 10 jam lepas injek, lepas saya mandi malam. Waktu tu baru makan panadol & pergi tidur.

Dalam tempoh 24 jam lepas injek:

  • Bahagian bahu yang kena injek ada rasa lenguh² & sakit² seperti otot overstretch.
  • Masih lagi demam, rasa pedih² apabila menyentuh permukaan kulit & sengal² di sendi jari, siku, lutut & buku lali. Saya terus ambil panadol setiap 4-6 jam untuk menahan rasa sakit.

Dalam tempoh 48 jam lepas injek:

  • Rasa demam & gigil dah kurang, tapi masih ada sisa² rasa sakit² badan, tapi dah tak perlu makan panadol lagi.
  • Kalau nak angkat lengan macam buat lateral raise tu, masih ada rasa sakit kat otot bahu.

Rasa sakit akibat kesan sampingan kena vaksin ni lebih kurang macam kena demam panas. Tapi yang bagusnya kali ni, selera makan masih ada & tak ada cirit-birit.

Reaksi badan begini mungkin disebabkan saya jarang sakit² demam, jadi bila ada unsur² yang tidak dikenali masuk badan, sistem imun bertindak balas.

Ini tidaklah sesakit waktu kena demam kat KL dulu. Geng² rumah sewa BTS (Bandar Tasik Selatan) mesti masih ingat, seorang demi seorang kena demam menjelang habis internship. Seminggu cuti pendek sebelum masuk semester baru, seminggu tu juga saya demam, banyak tidur & sampai tak dapat nak naik tangga, rasa macam dah hilang otot pada kaki. Mungkin ini reaksi biasa badan terhadap penyakit baru, sebab waktu tu demam chikungunya merebak kat KL.

Bagus juga saya pilih untuk dapatkan suntikan pada hari Sabtu, sebab memang dah agak mungkin ambil 2 hari untuk menghadap kesan sampingan ni. Kena banyak berehat, tu yang lalu habis tengok Sixth Sense ⁽¹⁾, 3 Meals a Day ⁽²⁾ & Running Man ⁽³⁾. Walaupun badan tak rasa sedap, tapi selera makan tetap kenchang, dah la tak dapat nak eksesais, naik balik la ni 😨.

Suntikan kedua dijadual akan diberi selepas 12 minggu (3 bulan), kiranya bulan September nanti. Ada berita katanya nak dipendekkan tempoh hingga 6 minggu ⁽⁴⁾, kita tunggu pengumuman baru.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/06/main-berteka-teki-dalam-rancangan-sixth-sense/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/06/three-meals-a-day-program-candawara-macam-family-outing-invincible-youth-tanpa-game-merepek/
⁽³⁾ https://azwan082.my/tag/runningman/
⁽⁴⁾ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/829786/kerajaan-kaji-dos-kedua-astrazeneca-dipendekkan

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/326484042254745/

Pingback: Dos kedua AstraZeneca bulan depan

Pingback: Lepas injek sambung habiskan game

Tulis komen: