Tempat Jepun mula attack Malaya

Sabtu, 6 Mei 2023, 9:45 am96

Terletak berdekatan Pantai Cahaya Bulan, di muara Sungai Raja Gali.

0B4BE3E6-9C03-4E45-86C0-DB264AEF5C1D-1-scaled.jpeg
Jambatan Kuala Pak Amat.

Tempat ini dinamakan Kuala Pak Amat. Untuk ke tugu peringatan lokasi pendaratan tentera Jepun semasa perang dunia ke-2 ini, kena lalui kawasan kampung dengan yang agak sempit.

Sampai dekat jambatan ini, saya tak berani nak pandu melintas jambatan ini, nampak tak muat & tiangnya nampak dah lama, takut runtuh 😅.

Lagi pun cuaca pagi cerah & belum panas terik, bagus untuk jalan kaki lintas jambatan, sambil dengar bunyi burung & munyit 🙉.

5A8DBA8F-EADA-4748-8665-78058BC6D5AF-scaled.jpeg
Tugu Jepun.

Monumen ini nampak agak terbiar, tapi papan tandanya nampak baru, hanya dipaparkan QR code ke link berikut:

https://info.mpkb.gov.my/tugujepun/

Kawasan ini tak ada line Celcom, jadi tak dapat nak guna Google Map. Terpaksa guna memori sendiri untuk cari jalan keluar. Sebelum simpang masuk ke kampung ini ada lapangan terbang Kota Bharu, boleh jadi panduan utama untuk cari jalan keluar.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/905399440626969/

Tulis komen: