Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Dari pantai timur ke barat

F4A18D62-C295-4B05-91E6-3F0E7CECCC5F.jpeg

Sabtu, 30 Disember 2023, 8:50 am0

Hari ke-4 road trip hujung tahun, dari Kuantan, ke guna penarikan (jalan Segamat – Kuantan).

Dari Gambang ke jalan Runchang, kualiti jalan bagus, lebar, rata, kurang lubang bekas tampong & kurang selekoh tajam, banyak laluan memotong disediakan. Cuaca hujan lebat, kereta semua drive berhati², dalam 80-100 km/j.

Selepas simpang jalan Runchang, jalan jadi sempit tak ada bahu jalan yang luas, tar jalan pun jenis lama sampai warna oren. Ada part jalan dengan pemandangan anak pokok sawit di bukit, nampak macam wallpaper Windows XP 😅.

Berhenti sekejap di R&R Muadzam Shah, lepas tu sambung, keadaan jalan makin lama makin teruk, drive macam main game elak lubang atas jalan. Cuaca sekejap panas, kebanyakan masa mendung & hujan.

Di Felda Keratong, ambil simpang ke Jempol. Ada sungai dekat Bukit Serok airnya dalam sampai tenggelam hutan di tepi sungai. Nasib baik tak ada jalan ditutup sebab banjir.

Berhenti Petronas Jempol, ke tandas & beli roti saja untuk makan tengahari, lepas parking kat tepi gerai nasi lemak dalam gambar di atas untuk lunch & rehat.

Pergi ke tempat titik pertemuan Sungai Muar & Sungai Jempol, tak lama lepas tu hujan lebat datang tiba². Tak ada lagi tempat nak di singgah, terus gerak ke hotel di Melaka.

Dengan jalan jenis banyak selekoh & agak sempit, kemudian permukaan jalan kurang rata sebab bekas tampal lubang & licin kena hujan, banyak juga kereta nak laju² memotong kat tempat berbahaya.

Dari Kuantan, kira² jam 9:45, check-in hotel di Melaka pada jam 16:00. Sempat pergi pasar tepi Mahkota Parade, cari belacan Melaka, dodol & kerepek nangka.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1037685357398376/

Tulis komen: