Gayat naik ke atas Menara Teruntum Kuantan 188
Selasa, 9 Januari 2024, 10:45 pm
Kena naik sendiri sampai ke puncak menara, berbanding tengok gambar saja, baru puas hati tengok sekeliling bandar Kuantan.



Sky deck ni kawasan terbuka, semasa saya ke sini, musim tengkujuh, kuat angin bertiup kat atas ni, nak berjalan pun susah. Kalau pakai T-shirt sebaiknya tuck-in, nanti kena tiup angin sampai nak tertanggal baju .





Di galeri digital Mat Kilau ini ada gambar & keratan akhbar tentang kemunculan Mat Kilau pada tahun 70-an dulu.
Terdapat QR code untuk pengunjung melihat galeri 3D online:
- https://www.artsteps.com/view/630063491bff58df7d5a39ba
- https://kuula.co/share/collection/79kZQ?logo=1&info=1&fs=1&vr=0&sd=1&thumbs=-1

Jauh jugak zoom binokular ni, pantai yang jauh dilihat dari mata kasar nampak kosong, tapi bila guna teropong, nampak orang yang berjalan² di pantai tersebut.

Dalam post seterusnya saya akan kongsikan gambar² di lorong seni itu.
Ini video naik turun lif di Menara Kuantan 188 ini, kalau tak silap, waktu naik guna lif sebelah timur, turun guna lif sebelah barat.
@azwan082_my Menara Teruntum Kuantan 188. Kalau tak silap, naik guna lif sebelah timur, turun guna lif sebelah barat.
13 Januari 2024
Jumpa si noneng kat Pantai Teluk Mak Nik
7 Januari 2024