Review Hotel J Suites Kuala Terengganu

Sabtu, 12 April 2025, 11:40 am
Agaknya diorang belum cuci filter air cond bilik .
Kena sikit angin sejuk yang keluar dari air cond, terus bersin. Tambahan pula di bilik bersebelahan banyak keluarga dengan budak² yang riuh rendah, kurang selesa jadinya. Teh atau kopi 3-in-1 tak disediakan dalam bilik, kena minta kat front desk.
Yang agak mengejutkan ialah deposit bilik RM100 cash. Dulu biasanya hanya RM50, dan ada juga hotel yang terima e-wallet. Entah la, mungkin kesan inflasionalisasi .
Itu antara perkara yang kurang enak. Manakala perkara² yang enaq pula:
- Parking khusus untuk penginap di belakang bangunan
- Di tepi lif, ada pintu belakang terus menuju ke tempat parking
Tak banyak komen untuk #reviewhotel ini, boleh tengok selanjutnya dalam album #panorama360 ini:
Booking dari Agoda untuk hotel ini masuk ke dalam sistem mereka dengan jayanya, tak macam hotel sebelum ni .
Dengan harga RM106 semalam termasuk cukai, saya bagi hotel ini ★★★☆☆.
13 April 2025
Review Hotel Skytree di Kuantan, Pahang
11 April 2025