Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Mercu tanda bandar Bau, tugu periuk kera & pelombong emas

138562127_231428531760297_5116048837205092781_n.jpg

Rabu, 13 Januari 2021, 11:15 am0

Landmark Bau.

Jika anda masuk ke bandar dari simpang 4 ke Lundu & Serikin, tugu ini berada di sebelah kiri, berdekatan dengan Pasar Tamu Bau.

Tumbuhan periuk kera jenis Nepenthes northiana ini merupakan tumbuhan yang unik, hanya terdapat di lereng bukit dan gunung batu kapur di daerah Bau, Sarawak ⁽¹⁾.

Selain daripada itu, bandar Bau juga terkenal dengan Tasik Biru yang dahulunya merupakan lombong emas. Pelombongan di tasik tersebut dijalankan oleh Borneo Company Limited dari tahun 1898 hingga 1921 ⁽²⁾. Arca pelombong pada tugu ini adalah sebagai peringatan kepada sejarah lombong emas tersebut.

Untuk melihat tugu ini dengan lebih terperinci dan kawasan sekitar, tengok album tempat ini di:

Ini album pertama gambar 360° saya, ringkas saja. Walaupun tak secanggih Google , tapi bolehlah, lepas ini ada banyak lagi tempat yang saya nak kongsi. Tak dapat jalan² sebab kena PKP, jalan² guna gambar 360 pun jadilah ✌🏻.

⁽¹⁾ https://en.wikipedia.org/wiki/Nepenthes_northiana
⁽²⁾ https://tvsarawak.com/sejarah-tasik-biru-di-sarawak/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/231428528426964/

Tulis komen: