Sesat kat UTC sebab nombor aras lif dan nombor tingkat kat pintu tulis lain²
Selasa, 23 Februari 2021, 11:45 am0
① – Sewaktu ke Miri awal tahun ini, saya kena singgah UTC #Miri, mencari pejabat Borneo Parking System untuk jelaskan saman #parking. Saya letak kereta kat level L4A.
Keluar kereta, tengok sekeliling, hanya ada satu pintu untuk ke lif. Tak tahu ke mana nak pergi, saya turun ke tingkat paling bawah untuk bertanya kat kaunter. Pekerja di sana kata kena pergi ke tingkat 2.
② – Bila naik lif tingkat 2, saya keluar & lihat nombor tingkat yang ditulis kat luar ialah L3A. Bila keluar dari pintu lif, ia hanya terus ke tempat parking. Mengelirukan.
Rupa²nya ada 2 pintu di tingkat tersebut untuk masuk ke bangunan, satu untuk ke lif, satu lagi ke lot² pejabat. Tak nampak papan tanda yang jelas menunjukkan kena pergi ke pintu masuk yang satu lagi tu, untuk ke pejabat Borneo Parking System, kena cari sendiri.
Hadoi!
③ – Ini pula di #Sibu, tapi bukanlah masalah nombor tingkat tulis lain². Di SMC multi storey carpark, lif di sini hanya berhenti di tingkat nombor genap. Jadi kalau nak ke luar, kena turun tingkat 2, kemudian guna tangga untuk ke tingkat paling bawah.
Sekurang²nya carpark ini kalau nak bayar, boleh guna mesin autopay.
Kat UTC Miri, dan juga di Bintang Megamall, nak bayar parking, masih guna cara lama, pandu sehingga pintu keluar, kemudian bayar kat pondok tol di situ. Nasib baik sedikit kereta hari tu, kalau tak, panjang lah baris .
Sekian perkongsian hari ni .
—
UTC Kuching dulu pun ramai yang keliru dengan tingkat lif & tingkat bangunan. Bila dah letak papan tanda, barulah senang nak cari. Kat UTC Miri ni kena tambah banyak lagi papan tanda supaya tak susahkan pengunjung.
Pantai Tanjung Lobang, Miri, dalam album panorama 360
24 Februari 2021
Pekan Tebakang banyak pokok kapok
22 Februari 2021