Sampai bila PKP ni 😤?

Isnin, 28 Jun 2021, 3:55 pm

Sampai bila PKP ni 😤?

Melihat kepada reaksi umum, saya dah agak ramai tak berapa tangkap pengumuman pasal pelan pemulihan yang diumumkan ⁽¹⁾, sebab dah biasa dengan yang dibuat berdasarkan tempoh masa.

Pelan pemulihan yang baru pula dibuat berdasarkan nilai ambang (threshold value) 3 indikator utama ⁽²⁾, iaitu purata kes baru harian, kadar penggunaan katil di ICU & kadar vaksinasi. Buat masa sekarang, purata kes harian dan kadar penggunaan ICU ⁽³⁾ masih belum melepasi nilai ambang, sebelum kita dapat beralih ke fasa kedua.

Jadi macam mana lah? Nak buat macam mana lagi kan, ikut sajalah, dah tu keputusan pihak berkuasa 😔.

Cuma satu indikator yang saya rasa semakin lama nanti kurang relevan, iaitu purata kes baru harian. Ini pandangan peribadi idealis saya saja:

Saya jangkakan yang kes baru mungkin tak akan menurun hingga sifar, mungkin berlegar² sekitar beratus ke beribu kes baru setiap hari.

Ini kerana faktor pembukaan semula sektor ekonomi & sosial, orang ramai mula keluar untuk bekerja, berjumpa & bersosial. Ramai yang mungkin akan dijangkiti juga, tapi disebabkan mereka telah divaksin & masyarakat telah mencapai imuniti kelompok, jadi kes² baru ini akan jadi seperti demam selsema biasa. Ramai yang jatuh sakit, tapi akan sembuh beberapa hari kemudian.

Oleh itu, nanti mungkin kita akan lihat trend nilai ambang indikator menjadi begini – kes baru kekal tinggi, tapi kadar penggunaan ICU menurun, dan kadar vaksinasi meningkat. Kalau kadar penggunaan ICU dapat diturunkan & rakyat telah 100% divaksin, tapi kes baru kekal tinggi, adakah ia secara tepat menunjukkan situasi di dalam negara?

P.s: tunggu pukul 5 nanti mana tau ada pengumuman s̶i̶n̶a̶r̶ citra ⁽⁴⁾ baru 🤷‍♂️.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/06/pelan%c2%b2-buat-pelan-pulihkan-negara/
⁽²⁾ http://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/pelan-pemulihan-negara-15062021
⁽³⁾ http://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/06/kadar-penggunaan-katil-di-katil-icu-untuk-pesakit-covid-19
⁽⁴⁾ https://belanjawan2021.treasury.gov.my/pdf/pemulih/infografik-pemulih.pdf

Komentar (2):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/330869265149556/

Pingback: Road to 100k pulak, dapatlah silver play button

Pingback: Map BKSS loop setakat ini

Tulis komen: