Perubahan terkini SOP pelitup muka
Rabu, 5 Julai 2023, 10:45 pm0
Kali terakhir pengumuman berkenaan SOP C-19 #MCO adalah 10 bulan lalu ⁽¹⁾.
Hari ni bermula SOP terbaru, hanya pesakit #Covid19 dan mereka yang berada di fasiliti kesihatan saja yang diwajibkan memakai pelitup muka ⁽²⁾.
SOP kat Suntech masih sama, dalam ofis pun masih pakai mask .
Nak drive #IswaraLMST pun masih kena pakai mask, sebab masih lagi sikit bau asap masuk dalam #kereta.
Minggu lalu plan nak buka dashboard, tapi sampai satu tahap, hampir semua skru & bolt dah buka, tinggal beberapa skru di bahagian yang sangat sempit untuk masukkan screwdriver. Terpaksa batal separuh jalan, sebab tak yakin cukup masa untuk pasang balik dashboard.
Plan lain, nak check lubang² dari bahagian luar, di bawah wiper. Kalau jumpa, cuba tutup lubang² tu & tengok, solve tak problem .
Balik rumah masuk lif, pun masih kena pakai mask, untuk elak macam² bau. Ada bau rokok, bau kencing, bau badan, bau besi welding pun ada melekat .
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/09/masuk-fasa-terbaru-menuju-hujung-pandemik/
⁽²⁾ https://www.facebook.com/100064560379224/posts/pfbid0H5cggfTZFNPjReVhjUiuEbWb84M4QSNcfG84rxsxyjN3wmH4fAFBnShzym9LQfJvl/
Keputusan perlawanan ke-14 & 15 Liga Super 2023
7 Julai 2023
Buletin FM dah tukar jadi Kool 101
3 Julai 2023