Sampai Phua Chu Kang pun berjoget dangdut dengan Shopee 🕺🏻

118948237_176680270568457_3946583928815964345_n.jpg

Rabu, 9 September 2020, 2:30 pm

Sampai Phua Chu Kang pun berjoget dangdut dengan Shopee 🕺🏻.

Shopping is entertainment. Ini yang Shopee bagitau semasa e-commerce forum tahun lalu. Shopee mahu pengguna menghiburkan diri sambil melihat barang² yang dijual, sama seperti window shopping, tapi bukan kat shopping mall, ini shopping dalam smartphone atau depan komputer.

Logiknya, semakin lama pengguna berada dalam app atau website Shopee, semakin tinggi kemungkinan untuk membeli. Pengguna selalunya membeli menerusi Shopee pada waktu ofis & waktu malam, sebelum tidur.

Next big thing bagi Shopee adalah live streaming selling, terdapat case study di China yang menunjukkan live streaming menghasilkan 250 ribu jualan dalam 5 minit. Malam tadi pun Shopee dah buat live kat Youtube pasal 9.9 shopping day ni.

Selain itu, urban clothing – pakaian orang bandar, latest trend semua tu, ada potensi besar dalam pembelian dalam talian. Mana² pengusaha pakaian yang nak masuk sektor jualan online, urban clothing adalah antara produk yang besar market & tinggi permintaannya.

Komentar

Tulis komen

Emel anda tidak akan dipaparkan.

Kandungan berkaitan: