Nak pilih kerja 4 hari seminggu atau waktu kerja fleksibel?
Ahad, 26 Jun 2022, 7:45 pm0
Menurut laporan berita ⁽¹⁾, majoriti mahukan waktu #kerja fleksibel. Maksud waktu kerja fleksibel ialah pekerja memilih sendiri waktu masuk kerja, kemudian balik setelah cukupkan jumlah jam bekerja 8 jam sehari.
Ramai tidak memilih 4 hari bekerja, sebab untuk menjayakan kerja 4 hari seminggu, ada dua pilihan, sama ada jumlah jam bekerja sehari ditambah, ataupun gaji pekerja dikurangkan sama seperti kurangnya jam bekerja.
Tambah waktu bekerja
Standard sekarang ialah bekerja 40 jam seminggu (5 hari x 8 jam). Supaya dapat dikekalkan jumlah 40 jam seminggu tapi bekerja hanya 4 hari, sehari kena bekerja 10 jam.
Jadual kerja agaknya jadi begini:
- Masuk kerja pukul 9
- Makan tengahari pukul 1 hingga 2 (ambil kira Zohor jam 1.30)
- Makan malam pukul 7 hingga 8 (ambil kira Maghrib jam 7.30)
- Balik kerja pukul 9
Kalau diambil kira tempoh bergerak ke tempat kerja (memandu / naik pengangkutan awam) selama 1 jam, ertinya kena keluar dari rumah paling akhir jam 8 pagi, dan tiba kat rumah jam 10 malam.
Untuk dapatkan rehat yang cukup, kena masuk tidur dalam pukul 11.30 malam dan bangun 6.30 pagi, purata tidur 7 jam.
Ertinya hanya ada 3 jam waktu mata celik berada di rumah, di antara masa pergi balik kerja & tidur, 10.00 malam hingga 11.30 malam, dan 6.30 pagi hingga 8 pagi.
Nampak macam takda life, satu hari habis untuk berada di tempat kerja & atas jalan raya. Itupun kalau waktu perjalanan pergi balik ke tempat kerja cukup² 1 jam.
Kalau yang dah berkeluarga, nak bergerak hantar & ambil anak dari sekolah pun dah ambil masa kurang lebih 1 jam juga. Kurang dah satu jam dari 3 jam masa mata celik tadi.
Namun, dari sudut positifnya, pekerja mendapat 3 hari rehat setiap minggu.
Kurang waktu bekerja
Pengurangan waktu bekerja bermaksud pengurangan gaji. Lain syarikat mungkin lain cara pengiraan kadar gajinya. Tapi saya buat tanggapan pengiraan begini – katakan gaji 3000 sebulan,
Sebelum:
- Purata jumlah hari bekerja sebulan: 22 hari
- Jumlah jam bekerja: 176 jam (8 jam x 22 hari)
- Kadar gaji: 17.04/jam
Selepas
- Purata jumlah hari bekerja sebulan: 18 hari (anggap 4 minggu sebulan)
- Jumlah jam bekerja: 144 jam (8 jam x 18 hari)
- Kadar gaji: tetap seperti sebelumnya
- Gaji sebulan: 2453.76
Ada pengurangan kira² RM545, 18% kurang daripada gaji asal.
Kedua² implementasi untuk sistem bekerja 4 hari seminggu di atas nampak merugikan pihak pekerja, sebab itu lebih ramai cenderung untuk tidak memilih sistem ini.
Ada yang mencadangkan keperluan 40 jam seminggu digantikan dengan mengira kadar produktiviti. Cuma belum ada cara yang piawai (standard) nak mengukur produktiviti bagi setiap orang pekerja, merangkumi pelbagai industri, struktur organisasi atau cara kerja, contohnya waktu pejabat vs kerja syif, pekerja berhadapan pelanggan vs belakang tabir vs pengurusan dan sebagainya.
Waktu fleksibel
Tak semua jenis pekerjaan sesuai untuk menjalankan sistem waktu kerja fleksibel. Bayangkan cikgu masuk kerja fleksibel tapi murid² dah masuk kelas jam 8 pagi .
Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas bagaimana sistem ini berfungsi, boleh tengok #RunningMan minggu lalu, episod 608.
Yang Sechan & Yoo Jaesuk masuk kerja jam 8 pagi. Mengikut game yang mereka main, selepas 8 jam, dah boleh balik, pada jam 4 petang.
Tapi biasalah game Running Man mesti ada banyak cabaran, putar belit & peluang. Yang menang game dapat kurangkan waktu bekerja & balik awal sikit, pada jam 2 petang. Untung Sechan, dia paling awal datang, juga paling awal balik.
Yoo Jaesuk antara terawal datang, terpaksa ‘kerja lebih masa’ selepas kalah game .
Tapi yang paling tak adil ialah Kim Jongkook, dia datang jam 11 pagi, sepatutnya balik jam 7 petang, tapi bernasib baik, dapat balik dekat jam 3 petang.
Kesimpulan
Pada pendapat saya, lebih baik pilih jalan tengah. Kerja 4½ hari seminggu. Hari Jumaat separuh hari, dapat seragamkan dengan negeri² yang cuti hari Jumaat. Isnin hingga Khamis kerja ekstra 1 jam sesi malam .
Running Man main game saham lagi
23 Jun 2022