29 Jun 2021, 9:25 pm
Kalau makanan boleh kita ubah suai genetik supaya cepat berbuah, ataupun buahnya tahan serangan penyakit, ataupun saiz buah menjadi besar & kurang biji, kenapa belum ada dengar lagi projek pokok #kayu yang diubahsuai genetiknya atau GMO (genetically modified organism) supaya kayu pokok tersebut lebih cepat membesar & meninggi, lebih keras, lurus & tahan serangan anai² atau bubuk ⁽¹⁾. Tanam dalam 5 tahun dah boleh ditebang untuk dijadikan kayu balak & plywood.
#DIY
#jalan
#kayu
28 Jun 2021, 3:55 pm
Melihat kepada reaksi umum, saya dah agak ramai tak berapa tangkap pengumuman #TSMY pasal pelan pemulihan yang diumumkan ⁽¹⁾, sebab dah biasa dengan #MCO yang dibuat berdasarkan tempoh masa.
#TSMY
27 Jun 2021, 10:00 pm
Selalu post pasal benda makan, kali ni nak cerita pasal #senaman #workout pulak. Baru seimbang persamaan (equation) untuk mengekalkan berat badan ideal:
#senaman
#workout
26 Jun 2021, 2:00 pm
Part kali ni bermula dari pekan Balai Ringin, masuk simpang ke #Simunjan ⁽¹⁾ dan berhenti di simpang Ulu Simunjan.
#BKSSLoop
#dashcamdrive
#PanBorneo
#Simunjan
25 Jun 2021, 9:55 pm
Microsoft telah mengeluarkan app untuk menyemak sama ada komputer yang digunakan dapat upgrade ke #Windows 11 atau tidak ⁽¹⁾. Versi baru nanti akan diberi secara percuma kepada pengguna semasa Windows 10.
#laptop
#Thinkpad
#Windows
24 Jun 2021, 7:00 pm
Dari Simanggang, arah ke Kuching, kalau dah nampak pemandangan ni, tandanya dah nak sampai #Serian dah tu. Dengan Bukit Ampungan menjadi latar belakang, kalau perhati betul², boleh nampak stesen Petronas kat sebelah kiri, yang menunjukkan juga dah sampai simpang #jalan ke Gedong.
#jalan
#PanBorneo
#Serian
23 Jun 2021, 8:33 pm
Terletak di bangunan Kolej SIDMA di jalan Haji Taha, #Kuching, #mural ini siap Disember tahun lalu & merupakan projek bersama MOTAC & NADMA ⁽¹⁾.
#Kuching
#mural
#pasaraya
22 Jun 2021, 8:00 pm
Kereta #vivaturbo tak dapat berjalan jauh waktu PKP sekarang, inilah masanya untuk pasang² benda baru. Sekali mula berjinak dengan modifikasi #kereta, kereta memang takkan siap² 😂.
#DIY
#kereta
#vivaturbo
21 Jun 2021, 7:00 pm
Brokoli tu nampak macam pokok la kan? Ada daun, ranting, dahan, batang, nasib tak makan dengan akar sekali 😅.
#vaksin
20 Jun 2021, 4:30 pm
Format rancangan #candawara ini ialah ahli² bersama seorang tetamu, diberi satu tema berkenaan tempat, dan mereka kena teka sama ada tempat tersebut betul² wujud atau tidak.
#candawara
#Viu