Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Tambah lagi stok makanan untuk 2 minggu

wm_92459171_133492291553922_6013978070178856960_n.jpg

Isnin, 6 April 2020, 2:45 pm0

Kat depan tunjuk ada telur & sayur, kat belakang ada jajan 😅.

Semalam saya mula² pergi kedai 100% kat Genesis Parade. Ok, takda orang berbaris masuk kedai, bermaksud kedai tak sesak. Ada pekerja tembak suhu dahi pastu spray hand sanitizer 👍.

Lepas tu nak pegi H&L kat Taman Malihah, orang berbaris panjang nak masuk kedai. Tak jadi singgah, pusing keluar balik ke main road.

Pastu pegi ke Moyan Square, masuk New World Mart. Sama jugak ada pekerja tembak suhu & bagi hand sanitizer jenis gel, tapi bau sanitizer ni lain dari brand Dettol yg saya ada, dia ada kuat bau ubat. Kedai ni ok tak ramai orang, cuma dalam dia sejuk sangat ❄, sebab tu tak berapa nak singgah sini sangat.

Adakah di extend lagi 2 minggu? Kemungkinan tu ada, tapi sebahagian besar bergantung kepada kita sendiri, sama ada nak ikut arahan duduk rumah, ataupun ikut suka hati ngelayo tak tentu hala, pastu kena jangkit, salahkan orang 😤.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/133492288220589/

Tulis komen: